.madrasah tarbiyah ini.


.madrasah tarbiyah ini.


...apa mungkin ini yang terakhir??



yeah...MERDEKA!!!


saya bangga menjadi anak Malaysia bilamana saya dan mereka MERDEKA!! daripada segala cengkaman kemungkaran dan kemaksiatan yang mengundang kemungkaranNYA


Labbaika ya Aqsa-


“al-ardhu lana wa al-qudsu lana,wallahubiquwwatihi maa’na”
Bumi itu milik kita..Al-Quds itu milik kita..dan kekuatan Allah bersama kita sentiasa


21/8

the ROQ!

Permulaan yang awal, Bismillah....


sekadar perkongsian, insyaAllah bermanfaat bagi orang-orang yang beriman.


oleh : Bro MOHD. SAFWAN SAPARUDIN

[utusan online]

TANGGAL 21 Ogos merupakan tarikh yang amat penting dalam lipatan sejarah umat Islam. Apa tidaknya, Pertubuhan Persidangan Islam atau lebih dikenali dengan OIC lahir kerana insiden 21 Ogos. Apakah yang berlaku sehingga persidangan ini tercetus?

Pada 21 Ogos 1969, seorang lelaki berbangsa Australia bernama Dennis Michael Rohan telah membakar Masjid Al-Aqsa. Api menyala besar dan membakar tembok serta mimbarnya yang besar (mimbar Solahuddin).

Api marak dengan dahsyat sekali seolah-olah seluruh Masjid Al-Aqsa akan musnah ketika itu. Sehinggakan pihak bomba juga tidak hadir menghulur bantuan. Tetapi Allah s.w.t telah menyelamatkan Masjid Al-Aqsa dan melindunginya. Akhirnya api dapat dipadamkan.

Setelah itu orang-orang Yahudi membuat pengadilan pura-pura terhadap Rohan. Lucunya, Rohan mendakwa bahawa dia diutuskan oleh Allah untuk melakukan pembakaran itu, bersesuaian dengan berita dari Kitab Zakaria.

Apa yang menyedihkan kemudiannya ialah Yahudi membebaskannya dengan mengatakan Rohan 'gila', dengan kata lain, tidak waras.

Maka, atas sebab itu, Rohan tidak da- pat dipertanggungjawabkan atas kejadian tersebut. Bertitik-tolak insiden menghinakan itu, negara-negara Islam di seluruh dunia bangkit mempertahankan tempat suci mereka dan mengecam perbuatan keji terhadap Al-Aqsa.

Maka sejak itu, 21 Ogos tanpa gagal diangkat sebagai Hari Al-Quds sedunia. Ia disambut sebagai tanda memperingati tragedi pembakaran masjid Al-Aqsa.

Tragedi tersebut merupakan catatan sejarah yang paling menyedihkan dalam sejarah umat Islam. Masjid Al-Aqsa yang begitu suci itu dihina sedemikian rupa.

Tidak menghairankan apabila semua umat Islam seluruh dunia 'terbakar' hati dan perasaan mereka kerana tindakan Rohan, 38 tahun lalu. Begitulah nasib Tanah suci umat Islam yang ketiga setelah dihuni oleh rejim Zionis.

Perlu diingatkan, isu Masjid Al-Aqsa ini ada hubung kait dengan hal-hal Palestin.

Maka selayaknya, isu Palestin ini merupakan isu yang dipertanggungjawabkan bagi sekalian umat Islam. Satunya kerana, kedudukan Masjid al-Aqsa sebagai Tanah Suci ketiga dalam Islam. Selebihnya ia merupakan kiblat pertama umat Islam selain menjadi bumi didiami para Nabi serta pusat pemerintahan dunia Islam seperti yang dirakamkan dalam hadis Rasulullah.

Bagi masyarakat bukan Islam, isu Palestin menggambarkan ketidakadilan dan kezaliman rejim terhadap bangsa Palestin yang perlu sama-sama dibela dan diperjuangkan.

Hari ini Palestin berada dalam tangan rejim Zionis yang telah merampasnya daripada tangan umat Islam.

PembelaanAkibatnya, umat Palestin telah dihalau keluar, dizalimi, ditindas, dikambinghitamkan, dipenjarakan dan dibunuh. Nasib yang melanda umat Islam Palestin memerlukan pembelaan dari seluruh umat Islam.

Sebagai usaha pembelaan dan kepedulian, maka Hari Memperingati Al-Quds atau Remembrance of Al-Quds (ROQ) merupakan sebuah gagasan yang menjadi simbol solidariti umat Islam di Malaysia terhadap umat Palestin.

Pelbagai kegiatan boleh dijalankan untuk menghebahkan tentang isu Palestin dan kedudukan Palestin dalam hati umat Islam serta soal penindasan di Masjid Al-Aqsa. Kita berharap program ini akan menggerakkan masyarakat su- paya sedar lalu terpanggil untuk menghulurkan sumbangan dan mempersiapkan diri mereka dengan segala pertahanan dan kecemerlangan sebagai umat yang terbaik.

Episod duka Palestin ini, ditambah dengan penindasan dan kezaliman yang tidak henti hingga ke saat ini hakikatnya menuntut sokongan dan bantuan semua, seluruh lapisan masyarakat dunia.

Malah, 21 Ogos hadir setiap tahun mengingatkan kita bahawa sekiranya kita tidak mempertahankan tanah suci Palestin dan Masjid Al-Aqsa, kelak, kita bukan sahaja tidak dapat mempertahankannya daripada sekadar dibakar, malah keseluruhannya cenderung untuk dirampas secara haram oleh rejim Zionis.

Justeru, bersempena Sambutan Memperingati Hari Al-Quds Sedunia tahun ini, adalah amat wajar untuk kita sama- sama mengajak masyarakat sekeliling memperingatinya, apatah lagi merencana langkah strategik, efektif dan praktikal lagi kreatif demi menyumbang ke arah pembebasan Palestin.

Sementara itu, antara aktiviti-aktiviti untuk menyemarakkan sambutan ini ialah ceramah umum, seminar, demonstrasi damai, penerbitan filem, buletin, cakera padat video (VCD), persembahan seni seperti teater, nasyid, dan festival seni dan pameran kesedaran di tempat awam yang strategik di masjid-masjid, sekolah-sekolah termasuk gedung beli-belah dan sebagainya.


lagi tentang palestin :

PACE [Palestine Centre Of Excellence]

suara palestin

belajar dengan hati. mampukah??

permulaan yang awal, Bismillah...


"ana cuba nak belajar dengan hati..."

jawapan untuk soalan kak Ummu.

pagi itu, 9.30 pagi. di masjid nilai,depan UIA. kami "duduk sebentar dan beriman"

saya bukanlah daripada kalangan pelajar-pelajar UIA. tapi untuk hari itu, kami memilih berusrah di sana.

redup. tenang. damai.

di perkarangan masjid, kami berhalaqah. di satu sudut, kira-kira 20 ikhwah sedang berprogram,suasana yang sangat saya rindukan, sekaligus membuatkan hati kecil saya kagum pada semangat-semangat mereka dalam misi penerusan rantai-rantai da'wah ini.

kami mula dengan mentadabbur ayat-ayatNya. surah Luqman. mengimbas kembali tika beliau menasihati anaknya. banyak ibrah yang kami dapat apabila satu-persatu ayat tersebut kami rungkaikan. [Subhanallah]

bicara santai dimulakan.


"sepanjang minggu ni, apa yang adik-adik belajar dalam kehidupan sekarang terutama bila bergelar siswi USIM?? apa yang adik-adik dapat??.."


kak ummu mulakan bicara.

soalan yang sangat ringkas. tetapi membuatkan masing-masing terdiam. kelu sebentar.

satu-persatu sahabat-sahabat saya diajukan dengan soalan tersebut. pada kebiasaan, saya akan menjadi orang terakhir untuk menjawab. entah mengapa begitu keadaannya. bak kata kak sa'adah," menjawab plus khulosah.."

masing-masing menjawab dengan ayat-ayat yang agak mantap dan berisi saya fikir. pelbagai pendapat peribadi yang saya dengar. dari situ saya meneliti. juga menilai. dalam kotak fikiran saya langsung tidak terlintas apa-apa jawapan. sekadar ligat mencari idea.


"macam mana dengan enti pula?.."


erk...
sampai pada giliran saya. hampir saya tidak sedar kerana terlalu asyik mendengar jawapan sahabat-sahabat yang lain.

senyum. entah manis atau tawar.


"ana cuba untuk belajar dengan hati..."


spontan.

senyum kembali. juga tak pasti senyuman dari kategori yang mana satu. saya tak fikir jawapan tersebut menepati skema jawapan kak ummu. ringkas. sangat ringkas.


"sweet..!!"


respon kak ummu untuk jawapan saya.


“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengan (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itulah seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi;mereka itulah orang-orang yang lalai.”

(7:179)



Hati yang menentukan kefahaman seseorang bukannya ‘otak’ manusia. kita akan menggunakan akal untuk memahami. Apa yang difahami oleh hati akan pasti mempengaruhi kehidupan seseorang tetapi kefahaman daripada akal belum tentu akan mengubah kehidupan seseorang.


"kami susah sikit nak belajar dengan hati. fizik, kimia, bio..semua guna akal. lainlah macam enti. pelajar syariah law. senang nak paham dengan hati.."


seorang sahabat saya mencelah.


"erkk...bukankah sejarah telah mebuktikan bahawa ramai manusia dari kalangan "otai-otak sains" berjaya meletakkan Rabb nya pada tempat yang sepatutnya??.."


getus hati kecil saya. agak kurang menerima alasan tersebut.


berubah untuk belajar.belajar untuk berubah

Alhamdulillah.


logamkah aku??

permulaan yang awal, Bismillah...

cuti mid sem kali ini membuatkan saya tidak keruan. celaru. serabut.


assignment(s) + amanah persatuan + persediaan exam


semuanya membuatkan saya tidur lewat dan bangun agak lewat. banyak perkara kebiasaan yang saya lakukan di hostel campus saya tinggalkan. bukan sengaja. tapi nafsu mengatasi iman. [astaghfirullah]. sedih. sangat sedih. jujurnya pengurusan masa saya sekarang di rumah agak kurang cemerlang. tidak secermalang di campus. saya seolah-olah baru mengenal dunia "hostel" walaupun sudah 5 tahun pengalaman saya tinggal di hostel. hostel sekolah. selepas SPM 06, saya menganggur setahun. kononnya cari pengalaman dalam setiap perkara. seolah-olah setahun pengangguran itu membuatkan permulaan kehidupan saya celaru sekarang. celaru kerana meninggalkan kebiasaan kehidupan "hostel" selama setahun.

Itu realiti saya sekarang. tidak mampu menjadikan pengurusan kehidupan di rumah "sebenar" secemerlangan pengurusan kehidupan saya di hostel campus.

sedangkan muslim cemerlang yang belajar dalam keadaan apa sekalipun dia bisa teguh seperti sediakala. campaklah dekat mana sekalipun. dia adalah dia. teguh. sangat teguh.




عن أبي هريرة رضي الله عنه: قَالَ رَسُوْلَ الله صلى الله عليه وسلم
(( الناس معادن، خيارهم في الجاهلية خيارهم في الإسلام، إذا فقهوا))
صحيح البخاري


“Manusia seperti logam, terpilihnya mereka semasa jahiliyyah terpilih juga mereka semasa Islam, sekiranya mereka faham”

Nilai logam tidak akan berubah dalam mana-mana zaman. Sekiranya ‘jahil’, nilai itu akan menyokong jahiliyyah dan sebaliknya, sekiranya dia Islam, nilai itu akan menyokong Islam. Segalanya bergantung kepada kefahamannya.


benarlah seperti apa yang pernah Syed Qutb katakan :

thabat huwa nnasr
thabat (tetap teguh) itu kemenangan

logamkah aku??