belajar dengan hati. mampukah??

permulaan yang awal, Bismillah...


"ana cuba nak belajar dengan hati..."

jawapan untuk soalan kak Ummu.

pagi itu, 9.30 pagi. di masjid nilai,depan UIA. kami "duduk sebentar dan beriman"

saya bukanlah daripada kalangan pelajar-pelajar UIA. tapi untuk hari itu, kami memilih berusrah di sana.

redup. tenang. damai.

di perkarangan masjid, kami berhalaqah. di satu sudut, kira-kira 20 ikhwah sedang berprogram,suasana yang sangat saya rindukan, sekaligus membuatkan hati kecil saya kagum pada semangat-semangat mereka dalam misi penerusan rantai-rantai da'wah ini.

kami mula dengan mentadabbur ayat-ayatNya. surah Luqman. mengimbas kembali tika beliau menasihati anaknya. banyak ibrah yang kami dapat apabila satu-persatu ayat tersebut kami rungkaikan. [Subhanallah]

bicara santai dimulakan.


"sepanjang minggu ni, apa yang adik-adik belajar dalam kehidupan sekarang terutama bila bergelar siswi USIM?? apa yang adik-adik dapat??.."


kak ummu mulakan bicara.

soalan yang sangat ringkas. tetapi membuatkan masing-masing terdiam. kelu sebentar.

satu-persatu sahabat-sahabat saya diajukan dengan soalan tersebut. pada kebiasaan, saya akan menjadi orang terakhir untuk menjawab. entah mengapa begitu keadaannya. bak kata kak sa'adah," menjawab plus khulosah.."

masing-masing menjawab dengan ayat-ayat yang agak mantap dan berisi saya fikir. pelbagai pendapat peribadi yang saya dengar. dari situ saya meneliti. juga menilai. dalam kotak fikiran saya langsung tidak terlintas apa-apa jawapan. sekadar ligat mencari idea.


"macam mana dengan enti pula?.."


erk...
sampai pada giliran saya. hampir saya tidak sedar kerana terlalu asyik mendengar jawapan sahabat-sahabat yang lain.

senyum. entah manis atau tawar.


"ana cuba untuk belajar dengan hati..."


spontan.

senyum kembali. juga tak pasti senyuman dari kategori yang mana satu. saya tak fikir jawapan tersebut menepati skema jawapan kak ummu. ringkas. sangat ringkas.


"sweet..!!"


respon kak ummu untuk jawapan saya.


“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengan (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itulah seperti binatang ternakan, bahkan mereka lebih sesat lagi;mereka itulah orang-orang yang lalai.”

(7:179)



Hati yang menentukan kefahaman seseorang bukannya ‘otak’ manusia. kita akan menggunakan akal untuk memahami. Apa yang difahami oleh hati akan pasti mempengaruhi kehidupan seseorang tetapi kefahaman daripada akal belum tentu akan mengubah kehidupan seseorang.


"kami susah sikit nak belajar dengan hati. fizik, kimia, bio..semua guna akal. lainlah macam enti. pelajar syariah law. senang nak paham dengan hati.."


seorang sahabat saya mencelah.


"erkk...bukankah sejarah telah mebuktikan bahawa ramai manusia dari kalangan "otai-otak sains" berjaya meletakkan Rabb nya pada tempat yang sepatutnya??.."


getus hati kecil saya. agak kurang menerima alasan tersebut.


berubah untuk belajar.belajar untuk berubah

Alhamdulillah.


0 comments: