moral law

permulaan yang awal, Bismillah...

saya suka melepak.

dan pada kebiasaannya "kedai mamak" menjadi port saya untuk melepak sambil pekena roti canai dan roti canai...

perghh...

memang tidak dapat dinafikan masakan mamak tersebut sangat-sangat sedap.

kalau makan roti canainya, rasanya tak kurang, tak lebih

kalau minum teh tariknya, memang ada UMMM!!

kurang lemak, kurang manis. baik untuk kesihatan rohani.

tapi tak boleh puji lebih-lebih, sebab adakalanya masakan mamak tersebut sangat hot n' spicy.

dan semalam saya cuba menu terbaru roti canainya ::

roti canai peduli palestina.

bungkus 1 !!

pada hakikatnya, menu yang terbaru ini resepi biasa yang biasa dihidangkan di mana-mana stall, restoran, warung malahan juga resepi kebiasaan di rumah.

dalam menu tersebut saya lebih tertarik dengan kuah dal nya berbanding dengan menu utamanya.

isi kuah dal tersebut :: disiplin ilmu


Copy paste sahaja roti canai ini. Cuma, sertakan sumber. Itu disiplin ilmu.


Kesimpulan yang boleh saya buat, berlaku adil lah terhadap ilmu. kerana itu disiplin ilmu (bak kata incik kedai mamak).

seringakali saya dengar respon dari orang kebanyakkan,

"alaahh..itu pun nak berkira ke?? bukan kah ilmu itu milik Allah..apa salahnya kita share-share je segala ilmu tanpa menyatakan sumber-sumber yang kita perolehi..

ya, tak salah kalau mahu share-share segala ilmu tersebut. tapi ingin di ingatkan berkali-kali, perlu ada disiplin. displin ilmu. agar tidak berlaku kezaliman terhadap ilmu tersebut. juga agar tidak berlaku kezaliman terhadap orang yang bersusah payah mendapatkan ilmu tersebut.

bukanlah adil tu dimaksudkan dengan sama rata melainkan meletakkan sesuatu pada tempatnya.

jika adil itu diertikan dengan sama rata, ini bermaksud teori gila Machiavelli,"Matlamat menghalalkan cara" akan digunapakai secara meluasnya.


sama rata
contoh situasi ::

Pak James mempunyai 10 orang anak. keluarga tersebut sangat miskin dan Pak James hanya bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di kedai mamak milik incik kedai mamak. gaji sehari RM 20.

Pak Bond pula mempunyai 4 orang anak. juga miskin. buat pengetahuan semua, Pak Bond merupakan rakan sekerja Pak James di kedai mamak. gaji RM 20 sehari.

kedua-dua pekerja tersebut memiliki tahap kerajinan yang sama.

melihat kepada bilangan tanggungan kedua-dua pekerja tersebut yang berbeza dan tahap kerajinan mereka yang sama, adakah wajar incik kedai mamak menggajikan kedua-dua pekerjanya dengan nilai yang sama??


[respon saya sendiri]


sepatutnya tidak wajar. tapi itu yang biasa dilakukan. menggaji pekerja mengikut nilai yang telah ditetapkan terhadap semua pekerja tanpa mengira aspek-aspek yang perlu dititikberatkan.



adil

bertentangan dengan tindakan incik kedai mamak dalam situasi di atas.





tidak semua sama rata adalah adil

sama rata tidak sama dengan adil

begitu juga dengan ilmu.

bukan hanya dengan menyamaratakan (dalam hal ini, meng'copy paste' ilmu tanpa menyatakan sumbernya) ilmu tersebut kepada setiap orang akan menjadikan ia adil.

tetapi dengan menggunakan definisi adil itulah yang akan membuatkan ilmu tersebut diperlaku adil oleh semua pihak.



disiplin ilmu = moral law.



Who killed Hassan Al Banna??

permulaan yang awal, Bismillah...

sengaja saya berkembara sufi menjelajah youtube, mungkin ada sesuatu yang menarik saya akan perolehi dalam penjelajahan tersebut.

nah!! ini yang saya dapat..













"Semoga Allah memberkatinya dan memasukkannya ke dalam golongan orang soleh, amin!"


Inilah saya, anda pula siapa?


Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang mengimpikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni. Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: "Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah Tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya ialah salah seorang yang menyerah diri". Inilah saya, anda pula siapa?



bertunang.berkahwin


permulaan yang awal, Bismillah...


yang kurang mengenali saya akan bertanya,

"eh, awak dah kahwin ek??..muda lagi dah kahwin ek.."

saya lebih selesa untuk hadiahkan senyuman dengan soalan tersebut.



yang sudah lama kenal saya, apabila mereka usha friendster saya, soalan kebiasannya,

"erk...biar betul, enti dah kahwin??..tak jemput pun..amboii..siapa hamba Allah tu??.."

......



pada kebiasaan, taaruf saya sangat simple.

"permulaan yang awal, Bismillah...

nama diberi ...............................

tinggal di ipoh/melaka

akan bertunang dan akan berkahwin.."

dan pada kebiasaannya juga, respon yang mendengar, sangat complicated...


erk..betul ke??

dengan siapa?? bila kahwin??

umur awak muda lagi kan??

awalnya kahwin...


masing-masing tersenyum.

yang tidak biasa dengan saya, cuba membiasakan diri dengan saya.

masing-masing cuba mencungkil rahsia saya.

yeah, rahsia kahwin awal..

hehe..

jawapan saya sangat mudah,

"betul la kan? saya akan bertunang dan akan berkahwin, tapi belum tentu bila dan dengan siapa, macam awak semua.."

senyuman saya sinis.

sedikit ketawa.

opss...dalam hal ini, saya tidak menipu, cuma yang mendengar terlalu direct mentafsir.

cuma bagi saya, itu sekadar cara untuk memulakan pengenalan dengan sahabat-sahabat baru.

juga cara untuk approach dengan mad'u-mad'u baru..

ad hoc

permulaan yang awal, Bismillah...



incik mas'ul tamhidi syariah undang-undang 08/09 kami bersuara.

sekadar pengumuman pada fikiran saya.

yang pada kebiasaannya, pagi kami dimulakan dengan sedikit tazkirah.

peringatan untuk mereka yang lupa.

pengukuhan bagi yang sudah tahu.

tapi hari itu,

pagi kami dikejutkan dengan berita. gempak mungkin!!!


tadi ana baru dapat mesej daripada ustaz Wan. ustaz bagi tau, sejam pertama waktu madkhal akan digantikan dengan quiz quran Hadith...



haaa...???!!!...kitorang tak bawa buku, macam mana nak buat quiz??...

alamak!!!

biar betul!!!

adoii....

pe ustaz ni...tiba-tiba nak buat exam.

masing-masing bagi respon. respon tanda kurang setuju dengan tindakan ad hoc ustaz.



...........

[speechless]
keadaan saya ketika itu.



boleh ke kita buat quiz sekarang??

incik mas'ul kembali bersuara. tenang.



tak nak!!!

tanda protes.



baiklah, ana bergurau je..maaf..

itu sekadar analogi.

realitinya, kita telah diberi peringatan lebih 1400 tahun dahulu.

peringatan untuk kita bersedia.

bayangkan, tiba-tiba Izrail datang. yang tujuannya jelas berdasarkan tugasnya.

rasa-rasanya boleh tak kita menolak dan menangguh jemputan tersebut??

jika dikaitkan dengan keadaan sebentar tadi,

kita seolah-olah belum bersedia jika quiz dibuat secara mengejut.

masing-masing cuba mengelak untuk menangguhkan masa quiz tersebut.

bukankah sebagai pelajar kita kena sentiasa bersiap sedia dengan tindakan-tindakan ad hoc ustaz??


dia kembali bersuara.

penuh bersemangat.

tujuannya jelas, sampaikan firman Tuhan. untuk manusia yang sering lupa.



saya tersenyum. tanda setuju dengan tazkirah untuk hari itu.