moral law

permulaan yang awal, Bismillah...

saya suka melepak.

dan pada kebiasaannya "kedai mamak" menjadi port saya untuk melepak sambil pekena roti canai dan roti canai...

perghh...

memang tidak dapat dinafikan masakan mamak tersebut sangat-sangat sedap.

kalau makan roti canainya, rasanya tak kurang, tak lebih

kalau minum teh tariknya, memang ada UMMM!!

kurang lemak, kurang manis. baik untuk kesihatan rohani.

tapi tak boleh puji lebih-lebih, sebab adakalanya masakan mamak tersebut sangat hot n' spicy.

dan semalam saya cuba menu terbaru roti canainya ::

roti canai peduli palestina.

bungkus 1 !!

pada hakikatnya, menu yang terbaru ini resepi biasa yang biasa dihidangkan di mana-mana stall, restoran, warung malahan juga resepi kebiasaan di rumah.

dalam menu tersebut saya lebih tertarik dengan kuah dal nya berbanding dengan menu utamanya.

isi kuah dal tersebut :: disiplin ilmu


Copy paste sahaja roti canai ini. Cuma, sertakan sumber. Itu disiplin ilmu.


Kesimpulan yang boleh saya buat, berlaku adil lah terhadap ilmu. kerana itu disiplin ilmu (bak kata incik kedai mamak).

seringakali saya dengar respon dari orang kebanyakkan,

"alaahh..itu pun nak berkira ke?? bukan kah ilmu itu milik Allah..apa salahnya kita share-share je segala ilmu tanpa menyatakan sumber-sumber yang kita perolehi..

ya, tak salah kalau mahu share-share segala ilmu tersebut. tapi ingin di ingatkan berkali-kali, perlu ada disiplin. displin ilmu. agar tidak berlaku kezaliman terhadap ilmu tersebut. juga agar tidak berlaku kezaliman terhadap orang yang bersusah payah mendapatkan ilmu tersebut.

bukanlah adil tu dimaksudkan dengan sama rata melainkan meletakkan sesuatu pada tempatnya.

jika adil itu diertikan dengan sama rata, ini bermaksud teori gila Machiavelli,"Matlamat menghalalkan cara" akan digunapakai secara meluasnya.


sama rata
contoh situasi ::

Pak James mempunyai 10 orang anak. keluarga tersebut sangat miskin dan Pak James hanya bekerja sebagai pencuci pinggan mangkuk di kedai mamak milik incik kedai mamak. gaji sehari RM 20.

Pak Bond pula mempunyai 4 orang anak. juga miskin. buat pengetahuan semua, Pak Bond merupakan rakan sekerja Pak James di kedai mamak. gaji RM 20 sehari.

kedua-dua pekerja tersebut memiliki tahap kerajinan yang sama.

melihat kepada bilangan tanggungan kedua-dua pekerja tersebut yang berbeza dan tahap kerajinan mereka yang sama, adakah wajar incik kedai mamak menggajikan kedua-dua pekerjanya dengan nilai yang sama??


[respon saya sendiri]


sepatutnya tidak wajar. tapi itu yang biasa dilakukan. menggaji pekerja mengikut nilai yang telah ditetapkan terhadap semua pekerja tanpa mengira aspek-aspek yang perlu dititikberatkan.



adil

bertentangan dengan tindakan incik kedai mamak dalam situasi di atas.





tidak semua sama rata adalah adil

sama rata tidak sama dengan adil

begitu juga dengan ilmu.

bukan hanya dengan menyamaratakan (dalam hal ini, meng'copy paste' ilmu tanpa menyatakan sumbernya) ilmu tersebut kepada setiap orang akan menjadikan ia adil.

tetapi dengan menggunakan definisi adil itulah yang akan membuatkan ilmu tersebut diperlaku adil oleh semua pihak.



disiplin ilmu = moral law.



0 comments: