kau di posisi yang mana?

permulaan yang awal, Bismillah...

gelanggang itu luas, kau di posisi yang mana?

sahabat : dengar cerita enti ini dah minat "main" masak-masak. siap beli buku tentang masakan lagi. (sengih sinis)

saya : erkk...

sahabat : hehe, persiapan nak kahwin ke? enti yang ana kenal dulu bukanlah seorang yang meletakkan memasak sebagai "hobi".

saya : kenapa mesti tunggu nak kahwin??

sahabat : hehe...mana la tau "hobi" enti berubah atas dasar tersebut.

saya : sahabat, gelanggang da'wah itu luas. sudah tentu posisi dalam gelanggang tersebut pelbagai. dan perlu diingatkan bahawa setiap posisi itu memerlukan kemahiran yang pelbagai juga. dan ana yakin, bukan setiap masa ana akan berada pada posisi yang sama. dalam hal ini, ana "pemain" muslimah. jadi, tidak dapat tidak suatu ketika posisi ana pasti berubah. berubah pada posisi "memasak". bukan atas dasar ana akan berkahwin, tetapi ada ketika permainan dalam gelanggang tersebut yang menuntut ana untuk berada di posisi tersebut.

sahabat : (mengusap dagunya yang tiada malah "mustahil" ada janggut)

saya : macam enti sendiri, enti punya kemahiran memandu kenderaan, jadi posisi enti mungkin lebih kepada mengangkut sahabat-sahabat kita yang lain ke majlis-majlis ilmu atau tempat-tempat yang sepatutnya. buat masa ni, ana tak punya kemahiran tersebut, jadi mana mungkin ana menzalimi diri untuk meletakkan diri ana pada posisi tersebut.

sahabat : betul juga tu kan... kita bimbang jika semua posisi dah penuh diisi dengan segala kehebatan "pemain" lain.

saya : semua posisi punya kehebatannya sendiri. kehebatannya akan jauh lebih hebat bila mana segala-galanya kita buat untuk tagih redhaNya. kita manusia, bukan semua perkara kita expert. apa yang boleh kita sumbang untuk jalan ini, kita sumbang walaupun sekecil-kecil perkara seperti susun kerusi. malah sekecil-kecil perkara tersebut bisa menjadi besar pada pandangan Allah jika segala-galanya lilLahi ta'ala.

sahabat : ana teringat ustazah pernah kata, "kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua."

saya : hehe, thats the point.. jom masak!!

sahabat : ngee~

semua ada.

permulaan yang awal, Bismillah...



seusai mentadabbur kalam suci Allah tadi, teringat saya pada seorang ustaz. ustaz yang sangat terkenal dengan lawaknya. tapi lawaknya bukan sekadar lawak.

***************************

hari itu...

ustaz : carilah dalam al-Quran. semua ada. cara nak buat roti canai pun ada dalam al-Quran.

saya : aisshh... roti canai dalam al-Quran?? mana mungkin ustaz. saya dah khatam al-Quran tu banyak kali dah, tak pernah pun dengar tentang cara nak buat roti canai dalam al-Quran.

ustaz : ye, betul. ustaz tak tipu. bukan saja buat roti canai, cara nak baiki kereta pun ada diberitahu dalam al-Quran.

saya : ......

ustaz :
"Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui"
[16:43]



saya : adeehh.. terkena lagi. (tapi betul lah tu~)







sejarah ku hero

Cikgu : dalam banyak-banyak subjek, subjek apa yang paling seram??

Saya : subjek Biologi. Sebab kena bedah tikus nanti. haha (sekadar seloroh)

Cikgu : hehe. salah. subjek yang paling seram ialah subjek sejarah.

Saya : mana ada seram cikgu. best what belajar sejarah. saya suka belajar sejarah.

Cikgu : seramlah. sebab kita kena belajar perkara-perkara yang dah lepas. belajar tentang sejarah zaman silam. belajar tentang orang yang dah tiada. orang yang dah mati. meninggal.

Saya : erkk... (seram gak~)

*****************************

permulaan yang awal, Bismillah...

ya, saya lebih berminat untuk mengetahui tentang sejarah.

sejarah bukan subjek yang mengantuk bagi saya.


si lanun Moshe Dayan

si Jeneral Tentera Yahudi, Moshe Dayan pernah berkata, 3 kelemahan muslim pada hari ini ialah :
1) tidak mengkaji sejarah umat Islam dulu
2) tidak tahu membuat perancangan yang teliti
3) malas


mungkin sedikit terkebelakang daripada kalian yang sudah malah lebih mengetahui tentang ustaz Rahmat Abdullah, antara Hero penyambung mata rantai-rantai da'wah. antara syeikh tarbiyah dikalangan umat.

saya kagum.

bukan memuja, tapi teruja.

tadi, sengaja saya menyibukkan diri untuk explore tentang diri beliau.

dengan erti kata lain, hari ini saya sedang belajar sejarah.

ya, sejarah.

sejarah yang bisa mencari spirit yang hilang.



allayarham pernah berdoa :

"Ya ALLAH, dengan kasih sayang-Mu …Engkau kirimkan kepada kami da’i
penyeru iman…Kep
ada nenek moyang kami penyembah berhala…Dari jauh mereka datang karena cinta mereka kepada da’wah…Berikan kami kesempatan dan kekuatan, keikhlasan dan kesabaran…Untuk menyambung risalah suci dan mulia ini kepada generasi berikut kami…Jangan jadikan kami pengkhianat yang memutuskan mata rantai kesinambungan ini…Dengan sikap malas dan enggan berda’wah…Karena takut rugi dunia dan dibenci bangsa".



saya sedang dalam kerinduan.

rindu pada hero persis allahyarham.

saya sedang menunggu.

menunggu hero persis allahyarham.



Di antara orang-orang mukmin itu ada orang-orang yang menepati apa yang telah mereka janjikan kepada Allah. Dan di antara mereka ada yang gugur, dan di antara mereka ada (pula) yang menunggu-nunggu dan mereka sedikitpun tidak merubah (janjinya)”.
[33:23]






p/s-sengaja saya tidak berkongsi apa yang saya tahu tentang diri allahyarham. bukan kedekut ilmu, tapi mahu kita sama-sama menafikan apa yang telah si lanun Moshe Dayan katakan. jadi, masing-masing tahu apa yang perlu dibuat, bukan?

berfikrah.bermoral

permulaan yang awal, Bismillah...

mengimbau hari-hari seperti biasa di kampus.

belakang dks 1.5.

...
....
...

sahabat : hajar, kalau ada seorang lelaki biasa, yang baik suka main mesej dengan nti, nti layan tak?

saya : layan~

sahabat : erk... habis tu kalau muslimin berfikrah, yang baik main mesej dengan nti?

saya : ana smack down dia...hehe..

sahabat : perghh...ganas la nti ni..haha..

saya : hehe, kidding..

sahabat : kalau ana kan, lelaki biasa yang agak baik peribadinya mesej ana tanpa keperluan, ana tak layan. tapi tula, muslimin berfikrah pula ana suka layan...even mesej yang tiada keperluan. sebenarnya tak sepatutnya macam tu.

saya : hmm~ tau takpe..mesti nak pilih yang berfikrah juga ek?? huhu...

........

saya : sahabat, manusia yang baik ada dua jenis. pertama, yang berfikrah. jenis yang kedua pula, bermoral. kalau yang bermoral ni dia tahu perkara yang baik secara umum. tapi yang berfikrah ni lagi advance, dia baik secara umum dan khusus.

sahabat : adeehh...tak paham la...

saya : macam ni, yang bermoral dia tahu kebaikan secara umum, tapi mungkin dia tak tahu hikmah sesuatu perkara dalam islam. contoh terdekat macam mesej tu la, dia mungkin tak tahu kenapa dia tak perlu mesej dengan nti tanpa keperluan even mesej dia mungkin mesej baik-baik saja. bagi ana, dalam hal yang ada kaitan orang yang bermoral, nti jawab mesej dia sekadar sahaja. dan dalam masa yang sama cuba bagitahu dia hikmah disebalik kenapa nti tak perlu layan mesej dia tanpa keperluan. explain dalam kebijaksanaan.

sahabat : habis tu, macam mana pula dengan muslimin yang berfikrah tu?

saya : bagi ana pula, muslimin yang berfikrah pada pandangan nti tu sepatutnya dia dah tahu kenapa dia tak perlu main mesej dengan nti tanpa ada urusan penting. nama pun berfikrah..huhu...kalau nti terangkan kat dia kenapa tak perlu bermesej tanpa keperluan, sure dia dah tahu, malah lebih tahu..nampak tak ke"advace"nya dia..so, nti tahukan apa yang perlu di buat??

sahabat : erm...

saya : try tanam dalam diri untuk menjaga yang berfikrah dan mengajak yang bermoral



menjaga : sama-sama menjaga diri masing-masing dari maksiat sembunyi

mengajak : seru kepada kebaikan sacara tak langsung


dialog yang diulang kepada sahabat baru dari cerita lama saya bersama sahabat lain-