kau di posisi yang mana?

permulaan yang awal, Bismillah...

gelanggang itu luas, kau di posisi yang mana?

sahabat : dengar cerita enti ini dah minat "main" masak-masak. siap beli buku tentang masakan lagi. (sengih sinis)

saya : erkk...

sahabat : hehe, persiapan nak kahwin ke? enti yang ana kenal dulu bukanlah seorang yang meletakkan memasak sebagai "hobi".

saya : kenapa mesti tunggu nak kahwin??

sahabat : hehe...mana la tau "hobi" enti berubah atas dasar tersebut.

saya : sahabat, gelanggang da'wah itu luas. sudah tentu posisi dalam gelanggang tersebut pelbagai. dan perlu diingatkan bahawa setiap posisi itu memerlukan kemahiran yang pelbagai juga. dan ana yakin, bukan setiap masa ana akan berada pada posisi yang sama. dalam hal ini, ana "pemain" muslimah. jadi, tidak dapat tidak suatu ketika posisi ana pasti berubah. berubah pada posisi "memasak". bukan atas dasar ana akan berkahwin, tetapi ada ketika permainan dalam gelanggang tersebut yang menuntut ana untuk berada di posisi tersebut.

sahabat : (mengusap dagunya yang tiada malah "mustahil" ada janggut)

saya : macam enti sendiri, enti punya kemahiran memandu kenderaan, jadi posisi enti mungkin lebih kepada mengangkut sahabat-sahabat kita yang lain ke majlis-majlis ilmu atau tempat-tempat yang sepatutnya. buat masa ni, ana tak punya kemahiran tersebut, jadi mana mungkin ana menzalimi diri untuk meletakkan diri ana pada posisi tersebut.

sahabat : betul juga tu kan... kita bimbang jika semua posisi dah penuh diisi dengan segala kehebatan "pemain" lain.

saya : semua posisi punya kehebatannya sendiri. kehebatannya akan jauh lebih hebat bila mana segala-galanya kita buat untuk tagih redhaNya. kita manusia, bukan semua perkara kita expert. apa yang boleh kita sumbang untuk jalan ini, kita sumbang walaupun sekecil-kecil perkara seperti susun kerusi. malah sekecil-kecil perkara tersebut bisa menjadi besar pada pandangan Allah jika segala-galanya lilLahi ta'ala.

sahabat : ana teringat ustazah pernah kata, "kalau tak mampu buat semua, jangan tinggal semua."

saya : hehe, thats the point.. jom masak!!

sahabat : ngee~

0 comments: