tauhidic mindset



hidup berTUHAN;
ada adabnya
ada etikanya
ada disiplinnya
itu yang diajar MURABBI 'AZHIM

diam berfikir

permulaan yang awal, Bismillah...


Rasa saya keadaan Perak hakikatnya masih belum sihat walaupun ada pihak yang mengakui keadaannya "baik-baik" sahaja.


Hampir 6 bulan saya tidak menjenguk-jenguk Ipoh. sekadar bertanya khabar dari jauh, sejauh 4 jam cuma. Gayanya saya seperti wakil rakyat yang mengabaikan tanggungjawab saya terhadap rakyat-rakyat saya. lucu. saya sedar siapa saya, sekadar rakyat jelata. orang sekeliling pandang pun nampak tidak nampak sahaja.


Ada yang kata saya menghilang.


Hilangnya saya bukan tanda merajuk. bukan juga sudah penat dengan permainan rampas-merampas di Perak yang kelihatan ada kesudahannya, realitinya tidak sudah-sudah. itu permainan politik, maka saya sekadar usha-usha dari jauh.


Yang pasti hilangnya saya bersebab walaupun kerinduan di sana mencengkam.

******************************


isnin, 17 Ramadhan


Kebelakangan ini Muhammad sering mengalami mimpi-mimpi yang baik semasa tidur. Pernah juga Muhammad bermimpi ia datang seperti cahaya subuh. Rasa cintanya untuk berkhulwah semakin memuncak-muncak. Mungkin ketenangan yang ingin dicari. Maka Gua Hira' menjadi pilih atas keputusannya itu. Hari-harinya dipenuhi dengan ibadat. Sesekali Muhammad pulang kepangkuan keluarganya sekadar mengambil bekalan bagi penerusan misi-misi khulwahnya. Khadijah setia menanti dan menyambutnya walau kepulangannya seketika cuma. Pasangan Muhammad itu tidak pernah merungut. subhanallah, solehah untuk si soleh. Penghujungnya wahyu turun tanpa dipinta. cemas. Jibril datang punya tujuan besar dari Pencipta segala pencipta.

Seketika, Muhammad penat apabila dipeluk beberapa kali akibat gagal "membaca". Muhammad akhirnya mengalah seraya berkata, "Aku tidak tahu membaca". Lalu si Jibril mengajar Muhammad membaca persis seorang guru mengajar muridnya membaca.

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.

(Al 'Alaq: 1-5)



******************************


"Kalau rajin update la blog tu ye..."


"Ya Allah, dah bersawang blog enti tu....bila nak updatenya?"


"Dah kering idea ke nak menulis sis?"




Opss. baru saya perasan sudah hampir 6 bulan juga blog saya seolah-olah tidak bertuan.

diam. senyap

sengaja saya begitu.

kecoh mereka bersebab. begitu juga diam saya beralas alasan.

Mungkin mereka bersebab untuk mengetahui adakah jiwa dan hati saya masih "hidup"?

itu husnuzzon saya terhadap mereka. siapa tahu mungkin itulah yang mereka fikirkan.


Adakala,

Mulut saya "diam" menulis, namun otak saya "ligat" berfikir. Ya, diam saya berfikir.

Jari saya "senyap" menaip, namun hati saya "aktif" bermuhasabah. Ya, senyap saya bermuhasabah


Ada ketika mulut perlu berehat untuk memberi peluang anggota lain bergerak agar yang batil tidak menzalimi yang hak. mungkin, begitu juga jari.



menunggu hari esok-