bayarlah dengan HATI-

permulaan yan awal, Bismillah...


"ni angah jangan lupa bayar semua makanan yang mak masak ni.." tiba-tiba adik saya bersuara. gayanya berseloroh.

"erk, nak kena bayar ke mak? nak bayar berapa?.." sekadar melayan telatah adik saya yang berusia 9 tahun. fatimah namanya.

"a'ah, kena la bayar...bayar dengan HATI.." mak tersenyum dalam kesibukkan menyiapkan bekalan berbuka puasa saya untuk ke hostel. eheh, pandai juga mak melawak.

hakikatnya, saya tahu jawapan pada soalan saya tadi.

saya tahu mak penat, tapi mak gagahkan juga. itu kebiasaan yang mak lakukan apabila kami, anak-anaknya mahu pulang ke hostel semula.

bagi saya mak saya sangat hebat. kami 9 beradik. mak seorang wanita yang bekerja seawal pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang. kata mak,"mak tak kan sesekali upah orang gaji untuk uruskan rumah tangga mak dan jaga anak-anak mak..mak akan usaha juga walau susah mana sekali pun.."


alhamdulillah!! terima kasih ya Allah kurniakan saya mak seperti
mak...


* * * * * * * * * * * * * * * * *

ramadhan, hanya tinggal seminggu lebih saja.

sedar atau tidak perkara yang kita utamakan dalam bulan ramadhan ialah sekadar meng"hablumminallah(hubungan dengan Allah)". terawikh. qiam. dan segala solat sunat yang kita amalkan semata-mata untuk raih redhaNya(moga-moga,insyaAllah).

boleh tak kalau di sini saya katakan bahawa andai tidak kita semai dahulu hablumminannas(hubungan sesama manusia), maka tidak akan terhasil buah hablumminallah??

dan apabila kita bicarakan tentang habluminannas atau lebih cool disebut hubungan sesama manusia, perkataan sesuai yang boleh dikaitkan dengan istilah tersebut ialah ukhuwah.

setuju?

dan pula ukhuwah itu sering dikaitkan dengan teman, kawan, sahabat, housemate, classmate. itu kebiasaannya apabila skop makna ukhuwah itu disempitkan sesempit-sempitnya.

kita sering lupa 2 orang yang paling hampir dalam hidup kita, cuma kita acapkali memandang sepi perkara ini.


mak.abah

mama.papa

mummy.daddy

ummi.abi

ibu.ayah


"sesungguhnya mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara mereka...." (hujurat:10)
itu trend senior-senior sekolah saya dahulu. menggunapakai aya
t di atas dalam memahamkan kami si junior-junior istilah ukhuwah itu sendiri.

cuma, jujurnya belum pernah saya mendengar dari kalangan mereka memanipulasikan ayat tersebut untuk digunapakai dalam hubungan anak-ibubapa. persoalannya, bukankah mereka itu juga mukmin? yang punya hak seperti mukmin-mukmin lain? hak untuk mendapatkan hak dari yang berhak?


teringat saya sebuah kisah sahabat sezaman ar rasul; abu hurairah.

ini kisah hebat. kisah seorang manusia hebat yang punya hubungan hebat dengan Allah. bukan sekadar itu, malah hubungannya dengan ibunya juga sangat hebat.

diceritakan tentang peribadinya terhadap ibunya oleh imam bukhari dalam kitab adabul mufrad.

antara abu hurairah dan ibunya, mereka saling mendoakan. jika abu hurairah hendak keluar rumah, dia berdiri berdekatan pintu rumah ibunya. lalu dia berkata pada ibunya: "semoga keselamatan, rahmat, dan keberkatan Allah sentiasa tercurah untukmu, wahai ibuku."

ibunya kemudian berdoa perkara yang sama.

abu hurairah berdoa lagi: "semoga Allah merahmatimu, sebagaimana engkau telah mendidikku saat aku masih kecil"

ibunya kembali menjawab: "semoga Allah pun merahmatimu, sebagaimana engkau telah berbakti kepadaku setelah dewasa"

itu juga kebiasaan yang dilakukan oleh abu hurairah tatkala pulang kembali ke rumahnya.

masyaAllah, hebat manusia ini!!


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

jika di era ini, as syahid muhannad (briged izzudin al-qassam) juga antara model-model anak soleh yang bisa saja menjadi contoh kepada kita semua. sehingga ibunya pernah berkata: "subhanallah, beruntunglah jika ada 10 orang anak seperti muhannad!!"..

bergetar jiwa. bagi saya beliau telah mendapat pengiktirafan sendiri dari ibunya sekaligus menempatkannya di rangking yang tertinggi dalam hati ibunya.

jadi, bagaimana pula kita?? siapa kita dihati ibu dan ayah kita?

taatilah mereka selagi mereka hidup.

taatilah mereka selagi kita hidup.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * *

teringat pula dialog saya bersama 3 orang sahabat. sambil-sambil kami menunggu makanan berbuka yang kami order, sempat juga kami duduk sebentar dan beriman. mengisi hati-hati antara kami dengan sedikit pelincir, mudah-mudahan hati-hati ini tidak haus kekeringan sesudah ramadhan.

topik ini antara yang kami bincangkan. ada dalam kalangan kami tiba-tiba memberi respon: "jadi gmana dengan ana? ana ni ada 11 beradik, terlalu ramai pesaingan...huhu.."

heh, masing-masing tergelak. geli hati pula jadinya.


* * * * * * * * * * * * * * * * * *

1996-2001. sekolah rendah al-hidayah, ipoh. bumi saya ditarbiyah.

"barakallahufik ya ummi, barakallahufik ya abi.."

muallim dan muallimah sentiasa ingatkan kami mengamalkan doa tersebut tatkala bersalaman dengan ibubapa sebelum keluar rumah.

tetapi amalan tersebut "ingat ingat lupa' untuk saya amalkan.

makanya, saya mesti kembali amalkannya!!itu azam saya.

kalian pula??










..ayah dan ibu

ayah dan ibu
itu lah permulaan kami..










maaf, saya belum merdeka-



Dari setitis air mani, Dia menciptakannya lalu menentukannya

kemudian jalannya Dia mudahkan

kemudian Dia mematikannya lalu menguburkannya


sekadar catatan-

permulaan yang awal, Bismillah...



saya pelajar Malaysia. tahun ini umur saya 20 tahun.

ops,

hampir saya terlupa, Malaysia baru menyambut hari kemerdekaan yang ke-52. dan hari ini pula hari ke-16 kita menyambut Ramadhan.


.perang badar.
jumaat. 2 ramadhan tahun ke-2 hijrah
hanya 313 jiwa lengkap beserta ruh Islam yang Ikhlas berhadapan dengan 1000 kuffar
sesuatu yang ad hoc pada tentera Islam ketika itu kerana jiwa-jiwa mereka benar-benar baru dibentuk
mereka tak punya apa-apa. kurangnya kelengkapan
tetapi jiwa-jiwa itu punya ruh Iman yang hebat
mereka yakin pada Allah dan rasulNya
mereka yakin pada pertolongan Allah
ini peperangan luar biasa
logik akal dangkal
313 mana bisa mengalahkan 1000
Allah hantar malaikat pada tentera haq, pada tentera bathil Allah turunkan iblis
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
kemenangan itu selamanya milik yang haq
"sesungguhnya Allah menolong kamu dalam perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. kerana itu bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukurinya" 3:123-125


.fathul makkah.
10 ramadhan tahun ke-8 hijrah
umat islam memasuki makkah tanpa sebarang pertumpahan darah
setelah menguasai makkah dalam keadaan aman, perintah berkurung di rumah masing-masing ditamatkan
Rasulullah mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai
subhanallah!
subhanallah!
subhanallah!
cantiknya islam
"sesungguhnya Kami memberikan kepadamu kemenangan yang nyata"



.peristiwa perjalanan Rasulullah ke Tabuk.
Rasulullah berada di tabuk pada 26 ramadhan tahun ke-9 hijrah
ketika ini mereka benar-benar diuji
tau tak??
madinah dan tabuk sangat jauh
tetapi ketaatan mereka pada Rasulullah melebihi kerehatan mereka
peristiwa ini menyerlahkan lagi kekuatan mereka yang menginfaqkan harta dan jiwa mereka untuk islam semata
bahang kemarau bukan alasan
Abu Bakar As Siddiq
Umar bin Al Khattab
Uthman bin Affan
harta mereka untuk islam
jiwa mereka untuk islam
ada yang menangis
mereka tak mampu menyumbang harta dan tiada kenderaan untuk menyertai misi itu
tetapi ingat!
lipatan sejarah ini turut membuktikan wujudnya golongan yang lemah imannya;
Ka'ab bin Malik
Hilal bin Umayyah
Mararah bin Rabi'
"sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat"
dan juga golongan munafik;
yang dipimpin Abu Amir Al-Rahib
"...dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta(dalam sumpahnya)"
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
at the end, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Rasulullah


.islam sampai ke Yaman.
ramadhan tahun ke-10 hijrah
penduduk Yaman menerima Islam tanpa perang
itu bukti islam bukan agama kekerasan
"rombongan yaman datang kepadamu. mereka adalah orang yang paling lembut hatinya dan lemah kedegilannya. iman itu berada di yaman, kebijaksanaan itu berada di yaman.."


.penyerahan bandar Taif.
ramadhan tahun ke-9 hijrah
bandar Taif diserahkan pada Rasulullah
kisah sebelum itu;
kali ini membuatkan saya berasa sedih.sayu
ingat lagi tak kisah ini??
baginda dihalau
kedua-dua kaki baginda berdarah akibat dilontar batu
itu hint penduduk bani thaqif menolak kalimah tauhid yang disampaikan
datang jibril siap offer pada baginda untuk dihancurkan saja mereka
tetapi rasulullah menolak
tahu baginda jawab apa??
"moga-moga akan lahir dari tulang sulbi mereka generasi-generasi yang akan menegakkan Islam kelak"
subhanallah!
subhanallah!
subhanallah!
mulianya baginda
lontaran batu dibalasnya dengan doa
waktu itu hanya Addas saja yang menerima Islam



ini hanya sebahagian peristiwa Islam lalu.[kredit to sahabat yang pinjamkan buku-"ramadhan tetamu yang dirindui"]



.hidup bukan untuk hidup.
tetapi
.hidup untuk yang Maha Hidup.



ini Ramadhan kali ke-20 dalam hidup saya. saya dewasa seiring berlalunya Ramadhan. tetapi dewasa itu belum tentu boleh menjadi kayu ukur kematangan kehidupan saya. dan dewasa itu juga belum tentu boleh menjadikan saya manusia yang merdeka seperti merdekanya Malaysia. ramadhan kali ini saya menyambut bersama merdekanya Malaysia.


saya ingin menjadi hambaNya yang merdeka. merdeka seorang hamba Tuhan tidak sama seperti bebasnya seekor burung berterbangan di awan kerana jika salah langkah boleh saja burung tersebut ditembak oleh pemangsa.

Ah, itu burung. saya manusia, fitrahnya hamba Tuhan.

makanya, merdeka saya ialah bilamana saya terus istiqamah bermujahadah di jalan Tuhan.


merdeka! merdeka!
merdeka!



kata syed Qutb; "Tsabat (tetap teguh) itu kemenangan"


saya bukan seperti ahli badr, hebat di medan itu. itu medan mereka.


saya hanya manusia biasa yang perlu terus berada di medan ini. medan mujahadah ini medan saya. ya, saya perlu kuat bermujahadah sehingga saya bertemu kembali Tuhan saya. itu pertemuan yang akan menentukan sama ada saya sudah berstatus merdeka atau belum.


................


ya Allah, saya tak layak bercerita tentang ini.





betapa tak ada apa-apanya aku di hadapanMu-