revolusi ais kepal-



permulaan yang awal, Bismillah...


teringat saya pada zaman kanak-kanak dulu. menjelang raya, emak akan mempersiapkan baju kurung cotton untuk saya dan saudara-saudara perempuan saya yang lain. sama coraknya. pagi raya, kami bergambar ala-ala boria.

meningkat dewasa, masing-masing punya taste tersendiri. tiada lagi baju kurung jenis cotton. tiada juga corak yang sama. semuanya inginkan kelainan.

mungkin faktorny; peredaran masa dan revolusi fesyen-



saya gemar membaca. dulu semasa saya di bangku sekolah rendah, saya selesa membaca bahan bacaan yang sekadar mengisi masa lapang. kurang manfaatnya, bahkan boleh dikatakan tiada.

tetapi tidak lagi sekarang. mungkin kini matlamat pembacaan saya cenderung kepada mencapai tahu dan mahu. dan jenis bahan bacaannya lebih kepada keperluan dan punya manfaatnya.

mungkin faktornya; kematangan dan revolusi pendidikan-

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


25 dzulqaedah 1430. destinasi: gramedia bookstore, The Mines


"excuse me, uncle..nak tanya, macam mana nak ke The Mines tu ye?"

tanya saya sambil menundingkan jari ke bangunan seberang jalan dari heritage hotel. itulah The Mines.

"Haa, takpe-takpe..mari ikut saya. kebetulan saya pun nak lalu jalan tu. jom naik kereta saya.."

pak cik tersebut terus membawa kami ke keretanya tanpa "meminta" persetujuan kami untuk mengikutinya.

"erkk..."

speechless.

saya berpandangan antara satu sama lain dengan teman saya yang sejak tadi diam, sekadar mengikut. hakikatnya cuak!

pesan emak, jangan berani ikut orang tidak dikenali. hati saya berbolak balik. ikut atau tidak. ikut cakap emak atau ikut pak cik tersebut menaiki keretanya.

dalam fikiran saya hanya ada satu kesimpulan, dua maknanya; sama ada pak cik itu orang baik atau sebaliknya.

sebelum memasuki keretanya, hati saya kembali tenang. kesimpulan saya yang tadi telah berubah; jika pak cik itu bukan orang jahat, maka sudah tentu dia baik orangnya. doktrin saya terhadap pakcik tersebut berubah apabila saya mendapati ada kopiah putih di bahagian tempat duduk belakang keretanya. pasti kopiah putih itu miliknya, mungkin.


oh, di situ baru saya sedar bahawa saya sedang menilai perubahan mentaliti masyarakat dan realiti. saya menilai masyarakat melalui penilaian yang saya buat dalam menilai orang lain. mungkin itu juga cara masyarakat menilai orang sekeliling. maksud saya, apabila ahli masyarakat itu berada di tempat saya, pasti mereka juga akan menilai ahli masyarakat yang lain seperti saya menilai baik atau buruknya pak cik tersebut berpandukan kopiah putihnya(saya menilai pak cik itu baik kerana terdapat kopiah di dalam keretanya). mungkin sedikit stereotaip pandangan saya terhadap masyarakat umum. cuma apabila berpijak pada bumi yang nyata, itulah realitinya.


maka, kesimpulan stereotaip saya; perubahan mentaliti masyarakat berkadar langsung dengan peredaran zaman.


* * * * * * * * * * * * * * * * *
saya berfikir-fikir untuk menilai.


untuk menilai, saya juga melihat dalam diri saya. ya, melihat diri saya yang sekarang adalah melihat jiwa-jiwa muda pemuda. pemuda sifatnya muda, jiwanya juga harus muda. darahnya juga darah muda. segala yang dilaksanakan berorientasikan "semangat"(moga-moga dalam kesemangatan itu wujud kefahaman). gaya kerjanya bersifatkan gaya kerja "orang-orang muda". sensitivitinya kuat bila bicara tentang dakwah dan soal ummah.


kemudian saya melihat pula otai-otai dikalangan super senior dalam medan dakwah ini. mereka telah lama berada di jalan ini. mereka hidup bersama jatuh bangunnya diri mereka dalam dakwah. ada yang terus bangkit. dan ada pula yang apabila diuji dengan nikmat "berkeluarga" dan "bekerjaya", mereka kecundang.


lalu, adakah itu juga revolusi??


namun, apa yang saya yakini, mereka yang saya anggap super senior itu juga pernah berjiwa muda seperti saya suatu ketika dahulu.


apakah itu pula sunnatullah dakwah??

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan. beruntung bagi yang mensucikannya. merugi bagi yang mengotorinya.


* * * * * * * * * * * * * * * * * *
revolusi ais kepal-


ketika kami berehat-rehat sambil menunggu waktu zohor, sempat kami membasahkan tekak kami dengan ice-blended. saya memilih perisa coklat, manakala teman saya prefer oreo-vanila.



tiba-tiba teman saya bersuara.

"mak saya pernah cerita, zaman-zaman mak saya dulu mana ada ice-blended yang macam kita minum ni. dulu ais kepal je. dah tu nak minum ais kepal tu guna tangan je, tadah tangan then hirup ais kepal tu.."


nenek saya juga pernah bercerita perkara yang sama apabila melihat wujudnya revolusi terhadap ais kepal tersebut.


bermula dengan ais kepal, berubah menjadi ABC, air batu campur(perubahannya apabila ABC itu diminum menggunakan mangkuk). lalu perubahan itu terus berlaku sehingga wujudnya ice-blended yang ada sekarang.


revolusi yang menarik! ia berubah terus-menerus dari zaman ke zaman. dari segi fizikalnya, perubahannya sentiasa dalam keadaan yang lebih baik.


sekadar persoalan, adakah revolusi ais kepal itu juga berkadar langsung dengan perubahan zaman? dan adakah akan wujud zaman kelenyapan terhadap ais kepal itu?


saya terus berfikir.


siapakah saya di dalam medan dakwah ini apabila saya sudah berada dalam lingkungan senior-senior manusiawi?


ya, saya hanya ada dua pilihan dalam medan dakwah ini; terus atau berhenti!!!





SPIRIT OF GHAZI


.murabbi ummah.



go forward young mujahid
be a real muslim
do the best for the seek of ummah
today is our only day
so
MARCH or DIE ??


BEST OF LUCK MUJAHID!!


xifu 'imraah.16dzulqaedah1430.
-syhhh...i'm sitiing for the exam right now-




Hey young Mujahid!!
Never lose hope of Allah's mercy
Hasbunallahu wa ni'mal wakil, ni'mal maula wa ni'man nasir-





melangkahlah dengan kuat-

sesungguhnya mereka adalah PEMUDA-PEMUDA yang beriman kepada RABB mereka, dan Kami tambah pula untuk mereka petunjuk


berceritalah padaku
aku bukan siapa-siapa

tetapi
bisa saja aku mendengar suara hatimu
lalu
ingin sekali aku kesat pipimu
supaya tiada lagi air mata yang tumpah


berbicaralah padaku
aku bukan siapa-siapa
tetapi
bisa saja aku bersamamu merasai kepedihan itu
lalu
ingin sekali aku mengubati sakit-sakit itu
supaya tiada lagi jiwa yang menderita


langkah
teruslah engkau melangkah
kerna aku juga akan terus melangkah bersamamu
jauh.lelah.singkat

itulah janji untuk perjalanan ini



pabila kau terus melangkah
tahulah engkau bahawa manusia itu bermacam-macam
dunia itu kosong
tetapi
jiwa-jiwa itu benar-benar membutuhkan
ruh-ruh sepertimu juga seperti aku


aku bukan siapa-siapa
malah aku tak punya apa-apa
cuma rasa 'izzah yang amat tinggi
membuatkan aku terus berada di atas jalan ini
dan terus bersamamu


khabarkan padaku
ini jalanmu
ini juga jalanku
jangan pernah kau syahid sebelum tiba masanya
kerna
jalan ini sekali-kali tidak pernah ada penamatnya


selagi kau itu mujahidah
maka
teruslah melangkah
melangkah bersamaku
melangkahlah dengan kuat



xifu imraah.09dzulqaedah1430.
* * * * * * * * * *

lihatlah jua ke hatiku
aku lah temanmu
terimalah aku
kitakan bersama mengharung
dunia fana ini


laula MURABBI....


permulaan yang awal, Bismillah...


laula MURABBI ma 'araftu RABBI-


sejak kebelakangan ini saya sering ditanya tentang cita-cita dan masa depan. bagi saya soalan tersebut memerlukan jawapan yang agak subjektif. bukan objektif. tetapi matlamat awal dan akhir bagi jawapan pada persoalan tersebut mestilah objektif. malah perlukan jawapan yang sangat tepat.

jika di tanya pada saya, apakah cita-cita saya? jawapan saya mudah; "SAYA MAHU MENJADI SEORANG MURABBIAH"

* * * * * * * * * * * *

trend orang yang memberi ceramah adakalanya suka membuat lawak. itu kebiasaan. alasannya mudah, supaya dapat "memancing" si pendengar.

"mana boleh serius-serius sangat, nanti dikatanya kita ni jumud, lapuk..."

Dalam meniti hari-hari sebagai seorang penuntut ilmu Allah, saya tidak terlepas untuk meng"usha-usha" manusia sekeliling saya. ya, manusia yang banyak sumbangannya terhadap saya dalam mencurah serta berkongsi ilmu mereka pada saya. antara mereka, ada yang saya anggap seorang PENGAJAR. ada pula yang saya anggap seorang PENDIDIK. berbeza bukan? apa-apa pun saya sangat menghargai mereka.

pernah saya berada dalam dua situasi. situasi saya DIAJAR dan situasi saya DIDIDIK. juga kedua-dua situasi tersebut saya sangat hargai. cuma bila berada dalam dua situasi tersebut, saya cuba menilai. menilai yang mana satu membawa saya kepada RABB. saya tidak dapat menafikan masing-masing punya cara untuk mengattract pelajar supaya berminat dengan apa yang diajar. ada yang prefer menggunakan pendekatan cerita dalam kelambu supaya pelajar yang mendengar tidak mengantuk, malah lebih segar mata mereka ketika sesi P&P dijalankan(saya sangat malu berada dalam kelas ini). ada pula yang lebih strict tanpa mengira situasi pelajar yang sedang belajar sehingga menolak segala unsur lawak jenaka(hoho..saya sangat seram berada dalam kelas sebegini). dan ada pula segolongan manusia dari kalangan yang suka saya sebut sebagai MURABBI dengan tenang mengajar sekaligus mendidik sehingga anak-anak didiknya bukan sekadar mendapat ilmu duniawi, malah mengenali siapa RABB mereka. saya cinta pada MURABBI saya!!



MURABBI. mereka mengajar, lalu mendidik. mendidik, lalu mengajar. mereka membuat saya ingat pada RABB saya. dan perlu diingat, MURABBI bukan sahaja gelaran yang hanya digunapakai pada cikgu ataupun lecturer. tetapi, boleh jadi kawan-kawan juga punya peranan menjadi MURABBI. alam juga bisa menjadi MURABBI.


* * * * * * * * * * * * *

masjid nilai.2008


"akak, lawak la bro ni. ni yang best meeting macam ni, takde la stress sangat. tak macam bro sorang tu, serius semacam je bila dia handle meeting. nasib baik meeting kali ni bro lain plak yang handle.." bisik saya pada seorang senior yang duduk bersebelahan dengan saya ketika meeting sedang dijalankan.

jujur, meeting tersebut membuatkan saya tak kering gusi ketawa. lawak!!

cuma, apabila selesai sahaja meeting tersebut, saya seolah mencari-cari apa yang hilang dalam diri saya. saya tidak merasakan meeting tersebut adalah meeting yang membawa saya pada Tuhan. mungkin ia sekadar meeting. sangat lagha untuk diri saya. saya mula bermonolog; "kan best kalau bro yang serius tu yang handle meeting macam biasa. sekurang-kurangnya aku akan berfikir dalam setiap tindak-tanduk aku supaya tiada PIHAK yang murka..."


Allahuakbar, besarnya peranan MURABBI...


sekadar mahu timbulkan satu persoalan, dimanakah peranan MURABBI itu sendiri? adakah peranannya mengajak manusia kepada dirinya atau mengajak manusia kembali kepada TUHAN??


saya ingin menjadi MURABBIAH, moga-moga ada jiwa yang bisa mengenali RABB mereka-







bayarlah dengan HATI-

permulaan yan awal, Bismillah...


"ni angah jangan lupa bayar semua makanan yang mak masak ni.." tiba-tiba adik saya bersuara. gayanya berseloroh.

"erk, nak kena bayar ke mak? nak bayar berapa?.." sekadar melayan telatah adik saya yang berusia 9 tahun. fatimah namanya.

"a'ah, kena la bayar...bayar dengan HATI.." mak tersenyum dalam kesibukkan menyiapkan bekalan berbuka puasa saya untuk ke hostel. eheh, pandai juga mak melawak.

hakikatnya, saya tahu jawapan pada soalan saya tadi.

saya tahu mak penat, tapi mak gagahkan juga. itu kebiasaan yang mak lakukan apabila kami, anak-anaknya mahu pulang ke hostel semula.

bagi saya mak saya sangat hebat. kami 9 beradik. mak seorang wanita yang bekerja seawal pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang. kata mak,"mak tak kan sesekali upah orang gaji untuk uruskan rumah tangga mak dan jaga anak-anak mak..mak akan usaha juga walau susah mana sekali pun.."


alhamdulillah!! terima kasih ya Allah kurniakan saya mak seperti
mak...


* * * * * * * * * * * * * * * * *

ramadhan, hanya tinggal seminggu lebih saja.

sedar atau tidak perkara yang kita utamakan dalam bulan ramadhan ialah sekadar meng"hablumminallah(hubungan dengan Allah)". terawikh. qiam. dan segala solat sunat yang kita amalkan semata-mata untuk raih redhaNya(moga-moga,insyaAllah).

boleh tak kalau di sini saya katakan bahawa andai tidak kita semai dahulu hablumminannas(hubungan sesama manusia), maka tidak akan terhasil buah hablumminallah??

dan apabila kita bicarakan tentang habluminannas atau lebih cool disebut hubungan sesama manusia, perkataan sesuai yang boleh dikaitkan dengan istilah tersebut ialah ukhuwah.

setuju?

dan pula ukhuwah itu sering dikaitkan dengan teman, kawan, sahabat, housemate, classmate. itu kebiasaannya apabila skop makna ukhuwah itu disempitkan sesempit-sempitnya.

kita sering lupa 2 orang yang paling hampir dalam hidup kita, cuma kita acapkali memandang sepi perkara ini.


mak.abah

mama.papa

mummy.daddy

ummi.abi

ibu.ayah


"sesungguhnya mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara mereka...." (hujurat:10)
itu trend senior-senior sekolah saya dahulu. menggunapakai aya
t di atas dalam memahamkan kami si junior-junior istilah ukhuwah itu sendiri.

cuma, jujurnya belum pernah saya mendengar dari kalangan mereka memanipulasikan ayat tersebut untuk digunapakai dalam hubungan anak-ibubapa. persoalannya, bukankah mereka itu juga mukmin? yang punya hak seperti mukmin-mukmin lain? hak untuk mendapatkan hak dari yang berhak?


teringat saya sebuah kisah sahabat sezaman ar rasul; abu hurairah.

ini kisah hebat. kisah seorang manusia hebat yang punya hubungan hebat dengan Allah. bukan sekadar itu, malah hubungannya dengan ibunya juga sangat hebat.

diceritakan tentang peribadinya terhadap ibunya oleh imam bukhari dalam kitab adabul mufrad.

antara abu hurairah dan ibunya, mereka saling mendoakan. jika abu hurairah hendak keluar rumah, dia berdiri berdekatan pintu rumah ibunya. lalu dia berkata pada ibunya: "semoga keselamatan, rahmat, dan keberkatan Allah sentiasa tercurah untukmu, wahai ibuku."

ibunya kemudian berdoa perkara yang sama.

abu hurairah berdoa lagi: "semoga Allah merahmatimu, sebagaimana engkau telah mendidikku saat aku masih kecil"

ibunya kembali menjawab: "semoga Allah pun merahmatimu, sebagaimana engkau telah berbakti kepadaku setelah dewasa"

itu juga kebiasaan yang dilakukan oleh abu hurairah tatkala pulang kembali ke rumahnya.

masyaAllah, hebat manusia ini!!


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

jika di era ini, as syahid muhannad (briged izzudin al-qassam) juga antara model-model anak soleh yang bisa saja menjadi contoh kepada kita semua. sehingga ibunya pernah berkata: "subhanallah, beruntunglah jika ada 10 orang anak seperti muhannad!!"..

bergetar jiwa. bagi saya beliau telah mendapat pengiktirafan sendiri dari ibunya sekaligus menempatkannya di rangking yang tertinggi dalam hati ibunya.

jadi, bagaimana pula kita?? siapa kita dihati ibu dan ayah kita?

taatilah mereka selagi mereka hidup.

taatilah mereka selagi kita hidup.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * *

teringat pula dialog saya bersama 3 orang sahabat. sambil-sambil kami menunggu makanan berbuka yang kami order, sempat juga kami duduk sebentar dan beriman. mengisi hati-hati antara kami dengan sedikit pelincir, mudah-mudahan hati-hati ini tidak haus kekeringan sesudah ramadhan.

topik ini antara yang kami bincangkan. ada dalam kalangan kami tiba-tiba memberi respon: "jadi gmana dengan ana? ana ni ada 11 beradik, terlalu ramai pesaingan...huhu.."

heh, masing-masing tergelak. geli hati pula jadinya.


* * * * * * * * * * * * * * * * * *

1996-2001. sekolah rendah al-hidayah, ipoh. bumi saya ditarbiyah.

"barakallahufik ya ummi, barakallahufik ya abi.."

muallim dan muallimah sentiasa ingatkan kami mengamalkan doa tersebut tatkala bersalaman dengan ibubapa sebelum keluar rumah.

tetapi amalan tersebut "ingat ingat lupa' untuk saya amalkan.

makanya, saya mesti kembali amalkannya!!itu azam saya.

kalian pula??










..ayah dan ibu

ayah dan ibu
itu lah permulaan kami..










maaf, saya belum merdeka-



Dari setitis air mani, Dia menciptakannya lalu menentukannya

kemudian jalannya Dia mudahkan

kemudian Dia mematikannya lalu menguburkannya


sekadar catatan-

permulaan yang awal, Bismillah...



saya pelajar Malaysia. tahun ini umur saya 20 tahun.

ops,

hampir saya terlupa, Malaysia baru menyambut hari kemerdekaan yang ke-52. dan hari ini pula hari ke-16 kita menyambut Ramadhan.


.perang badar.
jumaat. 2 ramadhan tahun ke-2 hijrah
hanya 313 jiwa lengkap beserta ruh Islam yang Ikhlas berhadapan dengan 1000 kuffar
sesuatu yang ad hoc pada tentera Islam ketika itu kerana jiwa-jiwa mereka benar-benar baru dibentuk
mereka tak punya apa-apa. kurangnya kelengkapan
tetapi jiwa-jiwa itu punya ruh Iman yang hebat
mereka yakin pada Allah dan rasulNya
mereka yakin pada pertolongan Allah
ini peperangan luar biasa
logik akal dangkal
313 mana bisa mengalahkan 1000
Allah hantar malaikat pada tentera haq, pada tentera bathil Allah turunkan iblis
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
kemenangan itu selamanya milik yang haq
"sesungguhnya Allah menolong kamu dalam perang badar, sedangkan pada masa itu kamu orang yang lemah. kerana itu bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu mensyukurinya" 3:123-125


.fathul makkah.
10 ramadhan tahun ke-8 hijrah
umat islam memasuki makkah tanpa sebarang pertumpahan darah
setelah menguasai makkah dalam keadaan aman, perintah berkurung di rumah masing-masing ditamatkan
Rasulullah mengisytiharkan pengampunan beramai-ramai
subhanallah!
subhanallah!
subhanallah!
cantiknya islam
"sesungguhnya Kami memberikan kepadamu kemenangan yang nyata"



.peristiwa perjalanan Rasulullah ke Tabuk.
Rasulullah berada di tabuk pada 26 ramadhan tahun ke-9 hijrah
ketika ini mereka benar-benar diuji
tau tak??
madinah dan tabuk sangat jauh
tetapi ketaatan mereka pada Rasulullah melebihi kerehatan mereka
peristiwa ini menyerlahkan lagi kekuatan mereka yang menginfaqkan harta dan jiwa mereka untuk islam semata
bahang kemarau bukan alasan
Abu Bakar As Siddiq
Umar bin Al Khattab
Uthman bin Affan
harta mereka untuk islam
jiwa mereka untuk islam
ada yang menangis
mereka tak mampu menyumbang harta dan tiada kenderaan untuk menyertai misi itu
tetapi ingat!
lipatan sejarah ini turut membuktikan wujudnya golongan yang lemah imannya;
Ka'ab bin Malik
Hilal bin Umayyah
Mararah bin Rabi'
"sesungguhnya Allah Maha Penerima Taubat"
dan juga golongan munafik;
yang dipimpin Abu Amir Al-Rahib
"...dan Allah menjadi saksi bahawa sesungguhnya mereka itu adalah pendusta(dalam sumpahnya)"
Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!
at the end, Rom tunduk dan bernaung di bawah pemerintahan Rasulullah


.islam sampai ke Yaman.
ramadhan tahun ke-10 hijrah
penduduk Yaman menerima Islam tanpa perang
itu bukti islam bukan agama kekerasan
"rombongan yaman datang kepadamu. mereka adalah orang yang paling lembut hatinya dan lemah kedegilannya. iman itu berada di yaman, kebijaksanaan itu berada di yaman.."


.penyerahan bandar Taif.
ramadhan tahun ke-9 hijrah
bandar Taif diserahkan pada Rasulullah
kisah sebelum itu;
kali ini membuatkan saya berasa sedih.sayu
ingat lagi tak kisah ini??
baginda dihalau
kedua-dua kaki baginda berdarah akibat dilontar batu
itu hint penduduk bani thaqif menolak kalimah tauhid yang disampaikan
datang jibril siap offer pada baginda untuk dihancurkan saja mereka
tetapi rasulullah menolak
tahu baginda jawab apa??
"moga-moga akan lahir dari tulang sulbi mereka generasi-generasi yang akan menegakkan Islam kelak"
subhanallah!
subhanallah!
subhanallah!
mulianya baginda
lontaran batu dibalasnya dengan doa
waktu itu hanya Addas saja yang menerima Islam



ini hanya sebahagian peristiwa Islam lalu.[kredit to sahabat yang pinjamkan buku-"ramadhan tetamu yang dirindui"]



.hidup bukan untuk hidup.
tetapi
.hidup untuk yang Maha Hidup.



ini Ramadhan kali ke-20 dalam hidup saya. saya dewasa seiring berlalunya Ramadhan. tetapi dewasa itu belum tentu boleh menjadi kayu ukur kematangan kehidupan saya. dan dewasa itu juga belum tentu boleh menjadikan saya manusia yang merdeka seperti merdekanya Malaysia. ramadhan kali ini saya menyambut bersama merdekanya Malaysia.


saya ingin menjadi hambaNya yang merdeka. merdeka seorang hamba Tuhan tidak sama seperti bebasnya seekor burung berterbangan di awan kerana jika salah langkah boleh saja burung tersebut ditembak oleh pemangsa.

Ah, itu burung. saya manusia, fitrahnya hamba Tuhan.

makanya, merdeka saya ialah bilamana saya terus istiqamah bermujahadah di jalan Tuhan.


merdeka! merdeka!
merdeka!



kata syed Qutb; "Tsabat (tetap teguh) itu kemenangan"


saya bukan seperti ahli badr, hebat di medan itu. itu medan mereka.


saya hanya manusia biasa yang perlu terus berada di medan ini. medan mujahadah ini medan saya. ya, saya perlu kuat bermujahadah sehingga saya bertemu kembali Tuhan saya. itu pertemuan yang akan menentukan sama ada saya sudah berstatus merdeka atau belum.


................


ya Allah, saya tak layak bercerita tentang ini.





betapa tak ada apa-apanya aku di hadapanMu-


.ini kisah kita.

[dedikasi buat sahabat; zulaikha, liza, najat]


.ini kisah kita.

percaya tak?
kita selalu merasakan perancangan kita secara ad hoc
itu apa yang kita rancang
ya,
perancangan manusia
tetapi yakinlah
perancanganNya semua telah diatur
ya,
telah diatur di sana lagi
nun di Lauh Mahfuz


molek bukan??


macam tak percaya kan?
kita bersama
atas nama Islam
atas dasar Aqidah
atas fikrah yang sama
dan kita
terus bergerak


logiknya
bisa saja aku katakan
itu bukan tempat kau
tempat kau di sana
ini tempat aku

tapi bumi Allah itu luas
terhampar buat makhluk-makhluknya

yang sana untuk yang sini
di sini untuk di sana

ingat lagi tak?
kita pernah bersama
kembara iman
mencari bekalan
buat isi ruh-ruh yang ingin di bentuk

harapan aku besar
moga-moga kita antara manusia yang dibentuk
dibentuk untuk ummah
dibentuk untuk membentuk ummah

aku tahu
kau telah diujiNya
aku juga pernah diujiNya
malah jika
back to seerah ar rasul
Mereka itu lagi di uji
maka
kau & aku
tak kan pernah ada istilah
"aku penat"
"aku letih"
"boleh aku berehat??"


alasan itu tidak relevan
buat
kau & aku



wahai kau,
aku di sini ingin selamanya bersama kau
untuk
kita
teruskan kembara iman ini

maaf,
aku tahu perjalanan kita jauh
tetapi masa kita terlalu singkat
jadi
sudikah kiranya kau terus bersama aku?





kau & aku adalah satu tak kira apa-



tarbiyah train-

permulaan yang awal, Bismillah....



sebenarnya saya tiada modal untuk menulis
ok lah, saya bawa sebuah cerita
tentang
.masa.


ini cerita tentang lapan hari lalu
15 ogos 2009


bila mengenang kisah ini
saya cuba cover untuk tidak tergelak
tapi tak boleh
pasti
pasti
pasti
saya tergelak punya
baik lah, saya gelak senyap-senyap


ini kisah 2 orang pemuda
yang ketinggalan train ke sebuah destinasi
kalau di ikutkan mereka berdua takde la lambat mana
beberapa second je pun
waktu mereka betul-betul tiba di depan train
train tersebut pun berlalu


mungkin agak frust
sedikit kecewa
mana tidaknya
terpaksa beli tiket baru


rugi
memang rugi
tapi nak buat macam mana
itu takdirnya hari itu


antara mereka
salah seorang bersuara
"tarbiyah apa la yang digunapakai oleh train-train ni sampai boleh menepati masa dengan tepat sekali.."

sangat lucu statement tersebut
tapi macam biasa
saya tak boleh nak control ketawa
ok lah
saya ketawa dalam hati


manusia itu sering dalam kerugian bilamana tidak menepati masa


tetapi
dalam hal ini
saya husnuzzdan dengan mereka


mereka manusia
saya juga manusia
masing-masing punya khilaf


apa yang penting
bagi saya
mereka tidak rugi sedikit pun
kerna
pada hakikatnya
segalanya untuk Islam

ok la beb,
sekadar itu untuk kisah kali ini


makanya;
moral value cerita ini
masa itu duit
jika tidak hargai masa
rugilah duit kita
erkk..
betul ke??


-koreksi yang buruk-




tanya saya pada diri, "dimanakah nilai tarbiyah kita?"
saya juga ingin berubah-



[(kita)(mereka)]


Permulaan yang awal, Bismillah…

Realiti umat dunia sekarang adalah kita kalah dengan realiti. Semuanya berbaur khayalan. Penuh ilusi semata-mata.

You and I have the power
Think good of one another
So stand up and take our places
And do what we do better
Spend sometime to know ourselves
Help the other.

Sengaja nasyid nyanyian muadz tersebut dipasang agak kuat.

Bersemangat?
sudah tentu saya bersemangat!! Bait-bait lirik nasyid tersebut saya ikuti, saya bernyanyi-nyanyi kecil. Adakala tersasul juga=)

“apsal korang semangat sangat dengan isu
negara “orang lain” ni??

Saya pernah ditanya dengan soalan tersebut. Kelu. jujurnya, saya tersentak plus sedikit kecewa. Cuma saya sekadar meraikan soalan tersebut dengan senyuman yang agak tawar, sekadar mengambil langkah husnudzzan. Volume lagu tersebut direndahkan, moga-moga hati saya juga kembali tenang, reda. Tetapi tidak bermakna saya redha dengan soalan yang mungkin boleh melukakan hati pihak-pihak yang memahami.
Soalan tersebut membuatkan saya berfikir, lantas terfikir sesuatu.

Maaf, saya tidak memikirkan jawapan untuk soalan teman yang bertanya itu, tetapi saya
terfikir, apa signifikannya perjuangan sahabat-sahabat serta saudara-saudara kita di palestin sana?? Mengapa mereka terlalu bersemangat untuk terus berjuang di sana padahal mereka sedia maklum risiko besar terhadap kehidupan mereka. Ya, kehidupan duniawi mereka yang sepatutnya bahagia seperti kita di sini!! Di mana kehidupan mereka? Ke mana hilangnya zaman remaja mereka? Sepatutnya mereka layak mempunyai hak enjoy seperti enjoy nya “remaja-remaja Islam” di sini!! Di mana gelak tawa adik-adik kecil di sana sesebaya adik-adik kecil kita di sini??

Perjuangan mereka itu percuma!! [baca: sia-sia]

Perjuangan mereka itu percuma!! [baca : tanpa bayaran]

Hakikatnya, suara-suara dunia akan terus mengatakan bahawa perjuangan mereka at the end hanya merugikan diri mereka sendiri.
tetapi ingat beb!!
itu hanya suara-suara jahiliah dunia yang tidak disepakati suara mutlaq aqidah Islam itu sendiri.

* * * * * * * *
“Wahai kaum Ansar,
adakah diri kamu merasa tidak puas hati terhadap sisa–sisa dunia yang aku gunakan untuk menarik minat kaum tersebut agar memeluk Islam. Sedangkan aku serahkan kamu kepada keislaman kamu.
Wahai kaum Ansar,
tidak kah kamu redha orang ramai kembali bersama kambing dan unta, sedangkan kamu pulang kepada tunggangan kamu bersama Rasulullah? Demi Tuhan yang jiwa Muhammad dalam genggamannya-Nya, jika bukan kerana hijrah, nescaya aku seorang Ansar. Sekiranya orang ramai melalui satu lorong, nescaya aku melalui lorong yang dilalui oleh Ansar.
Ya Allah,
rahmatilah Ansar, anak-anak dan cucu-cucu
Ansar”

Maka, menangislah kaum Ansar sehingga janggut-janggut mereka basah. Mereka berkata, “Kami redha dengan habuan yang dilakukan oleh Rasulullah”

* * * * * * * *

Andaikata isu palestin adalah sekadar isu politik, isu bangsa atau isu negara, maka logiknya anak-anak PALESTIN di sana pasti seperti anak-anak MALAYSIA di sini.
Terus leka bermain!!

Tetapi atas dasar aqidah itu sendirilah yang membuatkan anak-anak PALESTIN di sana terus tetap tegar dengan perjuangan mereka. Kerana mereka yakin kelak, mereka pasti akan di bayar oleh Sang Pemilik Mutlaq, Allahu Rabbi.

Beb, sifirnya mudah.
Mereka punya aqidah, kita juga punya aqidah. Isu palestin adalah isu aqidah.

Maka, equation nya ;

kita = aqidah ,
mereka = aqidah.
isu palestin = isu aqidah,

oleh itu,

isu palestin = isu [(kita)(mereka)].

Mudah bukan?

“Seorang muslim adalah
siapa yang muslim-muslim lain sejahtera dari lisan dan tangannya,
dan seorang mu’min adalah
siapa yang mampu memberikan keamanan pada umat manusia
dari darah dan hartanya”
(Tirmidzi dan beliau mentashihkannya)


ia bukan sekadar isu ummah-

tauhidic mindset



hidup berTUHAN;
ada adabnya
ada etikanya
ada disiplinnya
itu yang diajar MURABBI 'AZHIM

diam berfikir

permulaan yang awal, Bismillah...


Rasa saya keadaan Perak hakikatnya masih belum sihat walaupun ada pihak yang mengakui keadaannya "baik-baik" sahaja.


Hampir 6 bulan saya tidak menjenguk-jenguk Ipoh. sekadar bertanya khabar dari jauh, sejauh 4 jam cuma. Gayanya saya seperti wakil rakyat yang mengabaikan tanggungjawab saya terhadap rakyat-rakyat saya. lucu. saya sedar siapa saya, sekadar rakyat jelata. orang sekeliling pandang pun nampak tidak nampak sahaja.


Ada yang kata saya menghilang.


Hilangnya saya bukan tanda merajuk. bukan juga sudah penat dengan permainan rampas-merampas di Perak yang kelihatan ada kesudahannya, realitinya tidak sudah-sudah. itu permainan politik, maka saya sekadar usha-usha dari jauh.


Yang pasti hilangnya saya bersebab walaupun kerinduan di sana mencengkam.

******************************


isnin, 17 Ramadhan


Kebelakangan ini Muhammad sering mengalami mimpi-mimpi yang baik semasa tidur. Pernah juga Muhammad bermimpi ia datang seperti cahaya subuh. Rasa cintanya untuk berkhulwah semakin memuncak-muncak. Mungkin ketenangan yang ingin dicari. Maka Gua Hira' menjadi pilih atas keputusannya itu. Hari-harinya dipenuhi dengan ibadat. Sesekali Muhammad pulang kepangkuan keluarganya sekadar mengambil bekalan bagi penerusan misi-misi khulwahnya. Khadijah setia menanti dan menyambutnya walau kepulangannya seketika cuma. Pasangan Muhammad itu tidak pernah merungut. subhanallah, solehah untuk si soleh. Penghujungnya wahyu turun tanpa dipinta. cemas. Jibril datang punya tujuan besar dari Pencipta segala pencipta.

Seketika, Muhammad penat apabila dipeluk beberapa kali akibat gagal "membaca". Muhammad akhirnya mengalah seraya berkata, "Aku tidak tahu membaca". Lalu si Jibril mengajar Muhammad membaca persis seorang guru mengajar muridnya membaca.

Bacalah (wahai Muhammad) dengan nama Tuhanmu yang menciptakan (sekalian makhluk). Dia menciptakan manusia dari sebuku darah beku. Bacalah, dan Tuhanmu yang Maha Pemurah. Yang mengajar manusia melalui pena dan tulisan. Dia mengajar manusia apa yang tidak diketahuinya.

(Al 'Alaq: 1-5)



******************************


"Kalau rajin update la blog tu ye..."


"Ya Allah, dah bersawang blog enti tu....bila nak updatenya?"


"Dah kering idea ke nak menulis sis?"




Opss. baru saya perasan sudah hampir 6 bulan juga blog saya seolah-olah tidak bertuan.

diam. senyap

sengaja saya begitu.

kecoh mereka bersebab. begitu juga diam saya beralas alasan.

Mungkin mereka bersebab untuk mengetahui adakah jiwa dan hati saya masih "hidup"?

itu husnuzzon saya terhadap mereka. siapa tahu mungkin itulah yang mereka fikirkan.


Adakala,

Mulut saya "diam" menulis, namun otak saya "ligat" berfikir. Ya, diam saya berfikir.

Jari saya "senyap" menaip, namun hati saya "aktif" bermuhasabah. Ya, senyap saya bermuhasabah


Ada ketika mulut perlu berehat untuk memberi peluang anggota lain bergerak agar yang batil tidak menzalimi yang hak. mungkin, begitu juga jari.



menunggu hari esok-

heart find rest.

alhamdulillah~
ini bukan iklan ZON SELESA
sekadar ingin mengingatkan,
"KITA AKAN TENANG DENGAN MENGINGATINYA"