revolusi ais kepal-



permulaan yang awal, Bismillah...


teringat saya pada zaman kanak-kanak dulu. menjelang raya, emak akan mempersiapkan baju kurung cotton untuk saya dan saudara-saudara perempuan saya yang lain. sama coraknya. pagi raya, kami bergambar ala-ala boria.

meningkat dewasa, masing-masing punya taste tersendiri. tiada lagi baju kurung jenis cotton. tiada juga corak yang sama. semuanya inginkan kelainan.

mungkin faktorny; peredaran masa dan revolusi fesyen-



saya gemar membaca. dulu semasa saya di bangku sekolah rendah, saya selesa membaca bahan bacaan yang sekadar mengisi masa lapang. kurang manfaatnya, bahkan boleh dikatakan tiada.

tetapi tidak lagi sekarang. mungkin kini matlamat pembacaan saya cenderung kepada mencapai tahu dan mahu. dan jenis bahan bacaannya lebih kepada keperluan dan punya manfaatnya.

mungkin faktornya; kematangan dan revolusi pendidikan-

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


25 dzulqaedah 1430. destinasi: gramedia bookstore, The Mines


"excuse me, uncle..nak tanya, macam mana nak ke The Mines tu ye?"

tanya saya sambil menundingkan jari ke bangunan seberang jalan dari heritage hotel. itulah The Mines.

"Haa, takpe-takpe..mari ikut saya. kebetulan saya pun nak lalu jalan tu. jom naik kereta saya.."

pak cik tersebut terus membawa kami ke keretanya tanpa "meminta" persetujuan kami untuk mengikutinya.

"erkk..."

speechless.

saya berpandangan antara satu sama lain dengan teman saya yang sejak tadi diam, sekadar mengikut. hakikatnya cuak!

pesan emak, jangan berani ikut orang tidak dikenali. hati saya berbolak balik. ikut atau tidak. ikut cakap emak atau ikut pak cik tersebut menaiki keretanya.

dalam fikiran saya hanya ada satu kesimpulan, dua maknanya; sama ada pak cik itu orang baik atau sebaliknya.

sebelum memasuki keretanya, hati saya kembali tenang. kesimpulan saya yang tadi telah berubah; jika pak cik itu bukan orang jahat, maka sudah tentu dia baik orangnya. doktrin saya terhadap pakcik tersebut berubah apabila saya mendapati ada kopiah putih di bahagian tempat duduk belakang keretanya. pasti kopiah putih itu miliknya, mungkin.


oh, di situ baru saya sedar bahawa saya sedang menilai perubahan mentaliti masyarakat dan realiti. saya menilai masyarakat melalui penilaian yang saya buat dalam menilai orang lain. mungkin itu juga cara masyarakat menilai orang sekeliling. maksud saya, apabila ahli masyarakat itu berada di tempat saya, pasti mereka juga akan menilai ahli masyarakat yang lain seperti saya menilai baik atau buruknya pak cik tersebut berpandukan kopiah putihnya(saya menilai pak cik itu baik kerana terdapat kopiah di dalam keretanya). mungkin sedikit stereotaip pandangan saya terhadap masyarakat umum. cuma apabila berpijak pada bumi yang nyata, itulah realitinya.


maka, kesimpulan stereotaip saya; perubahan mentaliti masyarakat berkadar langsung dengan peredaran zaman.


* * * * * * * * * * * * * * * * *
saya berfikir-fikir untuk menilai.


untuk menilai, saya juga melihat dalam diri saya. ya, melihat diri saya yang sekarang adalah melihat jiwa-jiwa muda pemuda. pemuda sifatnya muda, jiwanya juga harus muda. darahnya juga darah muda. segala yang dilaksanakan berorientasikan "semangat"(moga-moga dalam kesemangatan itu wujud kefahaman). gaya kerjanya bersifatkan gaya kerja "orang-orang muda". sensitivitinya kuat bila bicara tentang dakwah dan soal ummah.


kemudian saya melihat pula otai-otai dikalangan super senior dalam medan dakwah ini. mereka telah lama berada di jalan ini. mereka hidup bersama jatuh bangunnya diri mereka dalam dakwah. ada yang terus bangkit. dan ada pula yang apabila diuji dengan nikmat "berkeluarga" dan "bekerjaya", mereka kecundang.


lalu, adakah itu juga revolusi??


namun, apa yang saya yakini, mereka yang saya anggap super senior itu juga pernah berjiwa muda seperti saya suatu ketika dahulu.


apakah itu pula sunnatullah dakwah??

Allah mengilhamkan sukma kefasikan dan ketaqwaan. beruntung bagi yang mensucikannya. merugi bagi yang mengotorinya.


* * * * * * * * * * * * * * * * * *
revolusi ais kepal-


ketika kami berehat-rehat sambil menunggu waktu zohor, sempat kami membasahkan tekak kami dengan ice-blended. saya memilih perisa coklat, manakala teman saya prefer oreo-vanila.



tiba-tiba teman saya bersuara.

"mak saya pernah cerita, zaman-zaman mak saya dulu mana ada ice-blended yang macam kita minum ni. dulu ais kepal je. dah tu nak minum ais kepal tu guna tangan je, tadah tangan then hirup ais kepal tu.."


nenek saya juga pernah bercerita perkara yang sama apabila melihat wujudnya revolusi terhadap ais kepal tersebut.


bermula dengan ais kepal, berubah menjadi ABC, air batu campur(perubahannya apabila ABC itu diminum menggunakan mangkuk). lalu perubahan itu terus berlaku sehingga wujudnya ice-blended yang ada sekarang.


revolusi yang menarik! ia berubah terus-menerus dari zaman ke zaman. dari segi fizikalnya, perubahannya sentiasa dalam keadaan yang lebih baik.


sekadar persoalan, adakah revolusi ais kepal itu juga berkadar langsung dengan perubahan zaman? dan adakah akan wujud zaman kelenyapan terhadap ais kepal itu?


saya terus berfikir.


siapakah saya di dalam medan dakwah ini apabila saya sudah berada dalam lingkungan senior-senior manusiawi?


ya, saya hanya ada dua pilihan dalam medan dakwah ini; terus atau berhenti!!!





SPIRIT OF GHAZI


.murabbi ummah.



go forward young mujahid
be a real muslim
do the best for the seek of ummah
today is our only day
so
MARCH or DIE ??


BEST OF LUCK MUJAHID!!


xifu 'imraah.16dzulqaedah1430.
-syhhh...i'm sitiing for the exam right now-




Hey young Mujahid!!
Never lose hope of Allah's mercy
Hasbunallahu wa ni'mal wakil, ni'mal maula wa ni'man nasir-