isabella & spasiba brat komarovich: penantian dan pencarian


permulaan yang awal, Bismillah...


(maaf, saya menulis bukan atas permintaan)


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


saya bukanlah peminat fanatik ustaz hasrizal jamal, jarang-jarang saya "menjenguk" blog beliau. tetapi tidak dinafikan beliau punya aura dalam penulisan. mabruk 'alaik ustaz!

jika dihitung umur saya 10 tahun kebelakang, 11 tahun umur saya ketika itu. ya, darjah 5. masih kanak-kanak.

oh, rupanya sudah hampir 10 tahun saya menanti. penantian yang saya kira agak lama.

saya menantikan giliran saya membaca novel Isabella dan juga novel Spasiba Brat Komarovich daripada ustaz yang saya gelar Muallim Firuz ketika itu.
terkilan.. giliran saya terputus!

penantian dan pencarian



pernah saya bermimpi-mimpian bahawa penantian saya sudah berakhir. namun, hampa! itu sekadar mimpi, mainan tidur cuma.

cuba juga saya contact anak Muallim Firuz, namun katanya novel Isabella dalam simpanan ayahnya sudah hampir lunyai dan novel Spasiba Brat Komarovich pula tidak ketemu dalam simpanan beliau.

saya tidak berputus asa.

hampir kesemua toko buku terutama toko buku-buku lama saya bertanyakan soalan yang sama; "Novel Isabella dan novel Spasiba Brat Komarovich ada dijual di sini?"

dan jawapan yang saya terima daripada pekedai-pekedai tersebut juga sama;"novel-novel tersebut tidak dijual di sini..em, novel apa tu ya?" dan yang pasti dahi mereka turut sama berkerut mendengar nama-nama klasik novel yang saya ajukan kepada mereka.

putaran masa membuatkan saya membuat kesimpulan awal bahawa novel-novel tersebut sudah pupus dalam pasaran.

namun, masih ada secebis keyakinan dalam diri saya bahawa pasti sisa-sisa berbaki daripada novel-novel tersebut masih wujud. janji saya, tidak dapat tidak saya mesti mencarinya! i have to..

entah mengapa, semalam, malam saya dipenuhi dengan aktiviti menjejak kembali novel-novel tersebut. secara tidak sengaja saya menjadi blogwalking bagi blog ustaz hasrizal.

dan,

baru saya sedar bahawa ramai lagi pembaca di luar sana yang masih mencari-cari novel tersebut. termasuk ustaz hasrizal sendiri!

wah, kita serupa!

kali ini nasib saya agak baik, novel Isabella telah berjaya saya jejakinya melalui blog ustaz hasrizal (credit to him).

lately, yang ada pada saya bukanlah novel Isabella yang berbentuk novel sebenar (baca: dalam word cuma) dan bukanlah juga dalam versi bahasa melayu. kali ini dictionary manual saya sangat-sangat berfungsi memainkan peranannya. namun, saya masih lagi mencari-cari novel Isabella versi asli.

saya masih tidak berpuas hati. agak sedikit kecewa apabila novel Spasiba Brat Komarovich masih lagi tidak ketemu.

sabar ya diri, jangan pernah berputus asa!

by the way, saya sedang belajar erti bersyukur.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

sambil-sambil saya membaca entry dalam blog ustaz hasrizal yang bertajuk, Isabella: Cinta Dua Dunia, sempat saya meninjau-ninjau respon daripada pembaca terhadap tajuk entry tersebut.

rata-rata respon daripada pembaca adalah di luar jangkaan saya walaupun saya tahu saya juga akan memberi respon yang sama seperti komen-komen mereka.

respon mereka;

mereka juga pernah membaca novel tersebut.

mereka juga masih dan sedang mencari kembali novel Isabella tersebut.

yang jelas,

mereka juga didedahkan dengan novel tersebut pada peringkat awal dan muda mentah umur mereka.

mereka seperti saya. dan saya pula tidak ubah seperti mereka.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

lima hari lalu;


al-azharian : bila bermulanya sis mengenal tarbiyah?

saya : kalau dalam keadaan "main-main", time sekolah rendah ana sudah kenal tarbiyah.

al-azharian : itu dalam keadaan separa sedar. gmana dalam keadaan kesedaran hakiki?

saya : form 4 mungkin.


saya cuba teliti kembali "perbualan maya" antara saya dan teman saya. mungkin saya mula mengenali tarbiyah dalam keadaan separa sedar seperti yang beliau katakan. dan ketika dalam keadaan separa sedar itulah saya sudah disuap dengan permulaan tarbiyah yang agak "berat" rasa saya.


10 tahun lalu. darjah 5 , Sekolah Rendah Al-Hidayah, ipoh.

Muallim Firuz sempat menyelitkan ceritera dakwah dan tarbiyah secara tidak langsung ketika sesi P&P. halus caranya. penuh strategi.

beliau tidak lupa untuk meminjamkan kami novel-novel klasik dakwah dan tarbiyah, antaranya adalah dua novel yang saya sebut-sebutkan tadi.

permulaan yang bermula segala-galanya. itu tarbiyah yang pernah saya perolehi. permulaan yang sangat awal dan mentah.

saya hargai.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

akal dangkal saya melihat ruh-ruh tarbiyah dan dakwah yang diserap ke dalam jiwa saya juga pembaca-pembaca yang memberi respon mereka pada entry Isabella: Cinta Dua Dunia adalah dalam keadaan separa sedar.

keadaan separa sedar untuk diri-diri kami yang sedang "disuap" untuk "disiapkan" dan keadaan sedar bagi diri yang sedang "menyuapkan" untuk "menyiapkan".

yang sedar sedang "menyiapkan" dan yang separa sedar sedang "disiapkan".

"menyiapkan" dan "disiapkan" untuk dunia akan datang.

saya kini sedar, 10 tahun lalu saya dan teman-teman sekelas saya ketika itu sedang "disiapkan" dalam keadaan kami separa sedar.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

saya mencari pula hikmah penantian dan pencarian saya terhadap novel-novel tersebut.

mungkin..

saya sedang "disiapkan" untuk masa yang benar-benar sesuai membaca novel-novel tersebut agar saya tidak terlalu "mentah" dan "masak" dalam menilai dan berfikir untuk Islam dan dunia sekarang dan akan datang.

-saya syorkan, cuba-cubalah kalian mencari novel-novel tersebut. em, saya masih dalam penantian dan pencarian..