diari jalanan-


...daku damba kasihmu
biar jadi pedoman
buat penyuluh jalan ku gapai impian* * * * * *
kelmarin saya pulang ke rumah
bertemu abah
.sayu.
kelmarin tarikh lahir abah
kami menyambutnya
abah kelihatan gembira.berseri-seri wajahnya
.sayu.
kelmarin umur abah meningkat
abah makin tua
.sayu.
10 tahun lepas saya pernah berjanji "sesuatu" dengan abah
abah tersenyum, bangga dengan apa yang saya janjikan
namun,
sehingga kini saya masih belum kotakan janji tersebut
adakah abah masih menunggu?
sempatkah??
abah senyap
.sayu.
dalam doa, saya berbisik;
"sabarlah wahai abahku, pasti akanku kotakan janjiku, jika bukan di dunia, kau akan dapatinya di akhirat sana"
abah orangnya biasa-biasa
tetapi saya mahu jadi anak yang luar biasa
saya pernah bermonolog sendirian;
"abahmu sangat hebat! walaupun dia tidak ditarbiyah semacam dirimu, namun dari tulang sulbinya, dia berjaya melahirkan anak sepertimu; anak yang ditarbiyah"
-diari si anak-
* * * * * * *
"aku mahu ke syurga bersamamu, wahai anakku.
maka,
bawalah aku ke sana bersama-samamu
cukuplah bagiku
hanya itu impianku"
-diari si abah-
* * * * * * * * *

nilai di Nilai-



credit to: bro k h a l i e d

demi malam pabila menutupi siang,

10 februari 2010. 25 safar 1431

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
9.00 am - 10.00 pm


hari ini jadual hidup saya sangat pack! bermula dengan tutorial bahasa inggeris, bahasa arab 1, bahasa arab 2 dan subjek madkhal ila ilmu da'wah. stop untuk solat zohor. kemudian bersambung dengan tiga agenda yang tiada kaitan dengan mana-mana subjek. solat asar. dan alhamdulillah, sempat sejam untuk saya usha-usha kembali nota-nota subjek introduction to muamalat. maghrib. quiz subjek introduction to muamalat.





settled-

alhamdulillah.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
3.00 pm - 4.00pm


hari ini saya bersama teman-teman sekuliah yang lain perlu menghadirkan diri di majlis perlantikan baru untuk Syariah Law Club (SLC). tiada apa yang istimewa. cuma majlis pengundian 2/3 majoriti. heh! saya bukanlah calon, cuma pengundi biasa-biasa sahaja.

namun, ada perkara yang membuatkan saya merasakan majlis tersebut sedikit tampak istimewa.

"..antara kriteria seseorang yang boleh dicalonkan untuk jawatan-jawatan dalam Syariah Law Club ialah berimej islamik"- mantan presiden SLC

kurang lebih begitulah syarat-syarat yang perlu ada pada bakal-bakal calon yang hendak dicalonkan. hal ini sangat-sangat melegakan saya. maaf saya katakan, kerana bukan semua 'budak-budak' di bawah fakulti syariah dan undang-undang punya imej ala-ala islamik. hatta, jika mahu dibuat perbandingan, 'budak-budak' daripada fakulti sains lebih islamik imejnya. -ini pendapat saya, kalian yang berada di tempat yang sama dengan saya pula gmana pendapatnya?'


"..ada sesetengah pelajar-pelajar jurusan agama mahu kelihatan diri mereka tidak jumud, fleksible kononnya sehingga hilang segala prinsip dan jati diri sebagai seorang muslim yang mengambil jurusan agama. lalu mereka ini seolah-olah mencari agama, namun terkejar-kejar duniawi sehingga agamanya tercicir jauh. maka apa yang mereka perolehi hanyalah duniawi semata. dan bagi sesetengah pelajar jurusan sains pula, mereka ini seolah-olah sedang mencari duniawi tetapi dalam masa yang sama lagi laju mereka kejar agama. maka kita boleh nampak mereka ini hebat dengan sains, hebat pula dengan islam..subhanallah!"



-teringat saya pada kata-kata pensyarah bagi subjek tamadun islam tamadun asia saya semester lepas. sengaja saya curi-curi masanya untuk meluahkan segala kegusaran jiwa saya apabila melihat ada yang 'tidak kena' dengan sesetengah teman-teman sefakulti saya. saya akur dan saya akui kata-kata beliau. ini adalah realiti sebenar sesetengah pelajar-pelajar jurusan agama.


malah jika mahu diper'hiperbola'kan boleh saja saya katakan; "apabila saya berada dalam kalangan sesetengah pelajar jurusan agama, saya hanya lihat kesamaran nilai islam itu sendiri, tetapi apabila saya berada dalam kalangan sesetengah pelajar jurusan sains, saya akan dapati nilai islam yang mereka pegangi sangat jelas!"


saya bukan prejudis. saya juga bukan konservatif!


apa yang saya lihat bahawa ini adalah antara 'penyakit-penyakit' yang makin laju penularannya dalam jiwa dan hati pelajar-pelajar jurusan agama. hakikatnya, diri mereka itu sendiri sangat jumud apabila kurang bijak menggunapakai istilah jumud tersebut. bukankah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya adalah satu kezaliman?


saya tidak menolak ke'santai'an. malah saya suka cara bersantai-santaian. tetapi dalam ke'santai'an itu jangan sampai yang hak dibathilkan dan yang bathil di hak kan.


berbalik kepada perlantikan baru bagi organisasi SLC tadi. dalam kegusaran saya terhadap pelajar-pelajar agama tadi, masih ada perkara yang membuatkan saya kembali tenang. alhamdulillah, masih ramai lagi yang mahukan nilai-nilai islam berada dalam jiwa pucuk pimpinan club tersebut. saya sangat teruja apabila seorang senior perempuan yang ke'muslimah'an gayanya lebih disukai daripada dua calon lagi yang sedikit kurang kriteria imej islamiknya. hampir kesemua pengundi mengundi untuk beliau. dan saya salah seorang daripada pengundi tersebut walaupun saya tidak mengenalinya secara rohani! moga-moga pemilihan keatas beliau untuk memegang tampuk pimpinan SLC adalah yang terbaik, insyaAllah.

dan tidak keterlaluan juga untuk saya katakan bahawa faktor kemenangan beliau antaranya atas sebab ke'islamik'an beliau.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
8.00 pm - 10.00 pm


hari ini quiz bagi subjek introduction to muamalat dijalankan. alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya mem'bulat'kan jawapan.

jadual kami yang sentiasa berakhir pada lewat malam makin menggusarkan saya. saya bukan gusar dengan penyusunan jadual tersebut. namun apa yang lebih saya risaukan ialah apabila semakin ramai teman-teman sekeliling saya yang berpakaian ala-ala 'pakaian tidur' ketika menghadiri kelas malam. mungkin itu lebih selesa bagi mereka. -alaa, malam je pun!!- saya sangat kecewa dengan suasana malam di kampus.



..beb, kalaulah hostel dalam kampus ni sudah siap dibina dan student-student sudah boleh bermastautin di sini, bimbang-bimbang tiada lagi etika berpakaian sebagai pelajar muslim dan tidak mustahil nilai yang ada pada islam akan lenyap sedikit demi sedikit.




sekadar catatan dinihari saya-