tauhidic mindset-

saya kini di:

(so, kawan2 yang sebelum ini ada link kan blog saya, bolehlah tukarkan url blog ini kepada url blog baru saya)

sekadar itu, jazakillah wa barakallahu fikum.

selamat membaca dan berfikir!

smile! 



falsafah kita-




"Proses pendidikan yang berteraskan tauhid bagi membina dan melahirkan insan Rabbani, berilmu, beriman dan berakhlak mulia serta mampu membentuk kehidupan diri, masyarakat, negara dan dunia sebagaimana dituntut oleh Al-Quran dan As-Sunnah melalui sistem pendidikan yang seimbang, menyeluruh dan berterusan"

* * * * * * * * * *
falsafah pendidikan sekolah saya masa zaman muda-muda dulu-



salam...bro & sis,

apa signifikannya entry saya kali ini?

entahlah, saya pun tak pasti. cuma mungkin mahu hebohkan satu dunia, ayat skema diatas adalah falsafah pendidikan sekolah saya dulu.

kepada siapa-siapa yang sealiran "gaya mengaji" dengan saya, tetapi sudah lupa falsafah pendidikan kita dulu, mari saya ingatkan kembali; ayat skema diatas adalah falsafah pendidikan kita dulu, masih ingat?

saya bukan mahu anda dan saya kenangkan nostalgia lampau. bahkan tujuan saya lebih besar dari itu!

oh, ya! satu lagi, sekolah saya "pelik" sebab tidak mengamalkan konsep dualisme!

sekadar itu. moga bermanfaat kepada siapa-siapa yang sudah lupa dan sukakan manfaatnya.




"...memberikan satu pengharapan umat yang dalam kelesuan"



-tarikh finalexam saya: 20 April-7 Mei (jom doakan saya!)





benih untuk tanah yang mati-

kali ini saya mahu berkongsi perasaan saya dan perasaan guru saya.

2.23am | 27rabiulakhir1431H | detik-detik hidupku


* * * * * * * * * *

jika dihitung tempoh perjalanan saya dalam akademi fiqh fatwa ini, saya kira saya masih lagi di awal garisan permulaan. dan jika mahu dikacau-baurkan pengalaman saya, ianya hanya cebisan halus daripada keseluruhan kehidupan super senior yang lain. ya, saya masih muda mentah! namun, apabila bersama hikmah super senior, saya benar-benar merasai kehidupan ini adalah kehidupan.

pengalaman adalah guru terbaik. bak kata orang putih : "Experience is the best teacher"
jika quote ini difahami secara harfiah, pengalaman manusia itu sendiri menjadi guru terbaik kepada manusia untuk menjalani kehidupan dunia, betul?

saya setuju dengan quote tersebut!

namun, ingat-ingatkan juga pada diri bahawa pembentukkan sesuatu pengalaman bermula dengan kebersamaan kita sesama manusia. siapa pun mereka, mereka tetap menjadi sebahagian daripada unsur-unsur pembentukan pengalaman tersebut.

semester-semester lalu, saya sudah berpengalaman. semester kali ini masih berbaki lagi, dan saya pula masih terus mengutip mutiara-mutiara pengalaman yang saya jumpai di sekitar kehidupan saya. tidak kira siapa pun dan apa pun di sekeliling saya, semuanya menjanjikan pengalaman.

kebersamaan saya dengan seorang guru, yang saya kira bukan calang-calang orangnya, juga bukan biasa-biasa pengalamannya, benar-benar membuatkan saya teruja dengan kehidupan ini. saya yakini bahawa kehidupan ini terlalu singkat sehingga saya harus menghargai setiap orang dalam setiap detik. dan apa yang saya lalui ini pula mengajar saya supaya menjadi hamba yang bersyukur!

semua ini menjadikan saya seorang yang "berpengalaman".

lalu, apa lagi yang mahu saya katakan?
cuma satu, saya mahu berterima kasih setiap hari.
terima kasih!



"Jangan lupa ucap Terima Kasih pada orang yang bawa kita masuk dalam  Tarbiyah ya!"-albaeraqy

juga saya mahu kongsikan apa yang guru saya rasai sekarang :


ربي أنت أعلم بنفسي مني

وأنت أعلم بمكانتهم عندي

فيما عالمأ ما في نفسي أسعدهم مقدار حبي لهم

وأغفرلهم وآتهم سؤلهم

...فإني أحبهم فيك




saya belajar tentang dunia, saya juga belajar tentang akhirat dengan guru yang sama.

beliau adalah antara benih-benih segar untuk tanah yang hampir mati!


tak lupa juga, terima kasih kepada siapa pun yang mengajar dan apa pun yang diajar. terima kasih kepada orang-orang yang sama-sama dalam pembentukan pengalaman saya sehingga menjadikan kehidupan saya adalah kehidupan seorang manusia. baik secara langsung mahupun tidak. dan baik secara realiti mahupun maya. tua mahupun muda.


syukur.

-sedang mengalami simptom-simptom demam. demam exam! mohon doa dari kalian juga.
Rabbuna yusahhil~

وُقُوفُ الماء يُفسِدُهُ


وُقوفُ الماء يُفسِدُهُ
مَا في المَقَامِ لِذِي العَقلِ وَذِي أدَبِ
مِن راحَةٍ فَدع الأَوطانِ واغتَرِب
سافِر تَجِد عِواضًا عَمَّن تَفَرَقهُ
وانصب فإنَّ لَذِيذَ العيش في النَصَبِ
إنِّي رأيت وُقوف الماء يفسِدُه
إن ساحَ طابَ وإن لم يَجرِ لم يَطُب
والأسد لو لا فِراق الأرضَ ما افتَرَسَت
والسَهمُ لو لا فِراق القوس لم يصب
والشمس لو وقَفَت في الفُلك دائمة
لَمَلها الناس من عجم ومِن عرَب
والتِبر كالتُربِ مُلقىً في أماكِنِهِ
والعودُ في أرضِهِ نوع مِن الحَطَب
فإن تغرُب هذا عِزَّ مَطلُبُهُ
وإن تَغرُب ذاك عِزَّ كالذَهَب
(ديوان الإمام الشافعي)
* * * * * *
.kesibukkan.
semakin itu saya rasa sangat malu untuk membuat statement saya "sibuk"
semakin itu saya rasa sangat takut untuk membuat statement saya "sibuk"
kerna
dulu kini selamanya
saya bersetuju bahawa
DAERAH ini memang senantiasa sibuk
dan senantiasa disibukkan oleh orang-orang yang sibuk
hatta
baginda sendiri bersetuju dengan statement ini, betul?
jadi
anda pula gmana?
setuju??

diari jalanan-


...daku damba kasihmu
biar jadi pedoman
buat penyuluh jalan ku gapai impian* * * * * *
kelmarin saya pulang ke rumah
bertemu abah
.sayu.
kelmarin tarikh lahir abah
kami menyambutnya
abah kelihatan gembira.berseri-seri wajahnya
.sayu.
kelmarin umur abah meningkat
abah makin tua
.sayu.
10 tahun lepas saya pernah berjanji "sesuatu" dengan abah
abah tersenyum, bangga dengan apa yang saya janjikan
namun,
sehingga kini saya masih belum kotakan janji tersebut
adakah abah masih menunggu?
sempatkah??
abah senyap
.sayu.
dalam doa, saya berbisik;
"sabarlah wahai abahku, pasti akanku kotakan janjiku, jika bukan di dunia, kau akan dapatinya di akhirat sana"
abah orangnya biasa-biasa
tetapi saya mahu jadi anak yang luar biasa
saya pernah bermonolog sendirian;
"abahmu sangat hebat! walaupun dia tidak ditarbiyah semacam dirimu, namun dari tulang sulbinya, dia berjaya melahirkan anak sepertimu; anak yang ditarbiyah"
-diari si anak-
* * * * * * *
"aku mahu ke syurga bersamamu, wahai anakku.
maka,
bawalah aku ke sana bersama-samamu
cukuplah bagiku
hanya itu impianku"
-diari si abah-
* * * * * * * * *

nilai di Nilai-



credit to: bro k h a l i e d

demi malam pabila menutupi siang,

10 februari 2010. 25 safar 1431

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
9.00 am - 10.00 pm


hari ini jadual hidup saya sangat pack! bermula dengan tutorial bahasa inggeris, bahasa arab 1, bahasa arab 2 dan subjek madkhal ila ilmu da'wah. stop untuk solat zohor. kemudian bersambung dengan tiga agenda yang tiada kaitan dengan mana-mana subjek. solat asar. dan alhamdulillah, sempat sejam untuk saya usha-usha kembali nota-nota subjek introduction to muamalat. maghrib. quiz subjek introduction to muamalat.





settled-

alhamdulillah.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
3.00 pm - 4.00pm


hari ini saya bersama teman-teman sekuliah yang lain perlu menghadirkan diri di majlis perlantikan baru untuk Syariah Law Club (SLC). tiada apa yang istimewa. cuma majlis pengundian 2/3 majoriti. heh! saya bukanlah calon, cuma pengundi biasa-biasa sahaja.

namun, ada perkara yang membuatkan saya merasakan majlis tersebut sedikit tampak istimewa.

"..antara kriteria seseorang yang boleh dicalonkan untuk jawatan-jawatan dalam Syariah Law Club ialah berimej islamik"- mantan presiden SLC

kurang lebih begitulah syarat-syarat yang perlu ada pada bakal-bakal calon yang hendak dicalonkan. hal ini sangat-sangat melegakan saya. maaf saya katakan, kerana bukan semua 'budak-budak' di bawah fakulti syariah dan undang-undang punya imej ala-ala islamik. hatta, jika mahu dibuat perbandingan, 'budak-budak' daripada fakulti sains lebih islamik imejnya. -ini pendapat saya, kalian yang berada di tempat yang sama dengan saya pula gmana pendapatnya?'


"..ada sesetengah pelajar-pelajar jurusan agama mahu kelihatan diri mereka tidak jumud, fleksible kononnya sehingga hilang segala prinsip dan jati diri sebagai seorang muslim yang mengambil jurusan agama. lalu mereka ini seolah-olah mencari agama, namun terkejar-kejar duniawi sehingga agamanya tercicir jauh. maka apa yang mereka perolehi hanyalah duniawi semata. dan bagi sesetengah pelajar jurusan sains pula, mereka ini seolah-olah sedang mencari duniawi tetapi dalam masa yang sama lagi laju mereka kejar agama. maka kita boleh nampak mereka ini hebat dengan sains, hebat pula dengan islam..subhanallah!"



-teringat saya pada kata-kata pensyarah bagi subjek tamadun islam tamadun asia saya semester lepas. sengaja saya curi-curi masanya untuk meluahkan segala kegusaran jiwa saya apabila melihat ada yang 'tidak kena' dengan sesetengah teman-teman sefakulti saya. saya akur dan saya akui kata-kata beliau. ini adalah realiti sebenar sesetengah pelajar-pelajar jurusan agama.


malah jika mahu diper'hiperbola'kan boleh saja saya katakan; "apabila saya berada dalam kalangan sesetengah pelajar jurusan agama, saya hanya lihat kesamaran nilai islam itu sendiri, tetapi apabila saya berada dalam kalangan sesetengah pelajar jurusan sains, saya akan dapati nilai islam yang mereka pegangi sangat jelas!"


saya bukan prejudis. saya juga bukan konservatif!


apa yang saya lihat bahawa ini adalah antara 'penyakit-penyakit' yang makin laju penularannya dalam jiwa dan hati pelajar-pelajar jurusan agama. hakikatnya, diri mereka itu sendiri sangat jumud apabila kurang bijak menggunapakai istilah jumud tersebut. bukankah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya adalah satu kezaliman?


saya tidak menolak ke'santai'an. malah saya suka cara bersantai-santaian. tetapi dalam ke'santai'an itu jangan sampai yang hak dibathilkan dan yang bathil di hak kan.


berbalik kepada perlantikan baru bagi organisasi SLC tadi. dalam kegusaran saya terhadap pelajar-pelajar agama tadi, masih ada perkara yang membuatkan saya kembali tenang. alhamdulillah, masih ramai lagi yang mahukan nilai-nilai islam berada dalam jiwa pucuk pimpinan club tersebut. saya sangat teruja apabila seorang senior perempuan yang ke'muslimah'an gayanya lebih disukai daripada dua calon lagi yang sedikit kurang kriteria imej islamiknya. hampir kesemua pengundi mengundi untuk beliau. dan saya salah seorang daripada pengundi tersebut walaupun saya tidak mengenalinya secara rohani! moga-moga pemilihan keatas beliau untuk memegang tampuk pimpinan SLC adalah yang terbaik, insyaAllah.

dan tidak keterlaluan juga untuk saya katakan bahawa faktor kemenangan beliau antaranya atas sebab ke'islamik'an beliau.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
8.00 pm - 10.00 pm


hari ini quiz bagi subjek introduction to muamalat dijalankan. alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya mem'bulat'kan jawapan.

jadual kami yang sentiasa berakhir pada lewat malam makin menggusarkan saya. saya bukan gusar dengan penyusunan jadual tersebut. namun apa yang lebih saya risaukan ialah apabila semakin ramai teman-teman sekeliling saya yang berpakaian ala-ala 'pakaian tidur' ketika menghadiri kelas malam. mungkin itu lebih selesa bagi mereka. -alaa, malam je pun!!- saya sangat kecewa dengan suasana malam di kampus.



..beb, kalaulah hostel dalam kampus ni sudah siap dibina dan student-student sudah boleh bermastautin di sini, bimbang-bimbang tiada lagi etika berpakaian sebagai pelajar muslim dan tidak mustahil nilai yang ada pada islam akan lenyap sedikit demi sedikit.




sekadar catatan dinihari saya-






isabella & spasiba brat komarovich: penantian dan pencarian


permulaan yang awal, Bismillah...


(maaf, saya menulis bukan atas permintaan)


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


saya bukanlah peminat fanatik ustaz hasrizal jamal, jarang-jarang saya "menjenguk" blog beliau. tetapi tidak dinafikan beliau punya aura dalam penulisan. mabruk 'alaik ustaz!

jika dihitung umur saya 10 tahun kebelakang, 11 tahun umur saya ketika itu. ya, darjah 5. masih kanak-kanak.

oh, rupanya sudah hampir 10 tahun saya menanti. penantian yang saya kira agak lama.

saya menantikan giliran saya membaca novel Isabella dan juga novel Spasiba Brat Komarovich daripada ustaz yang saya gelar Muallim Firuz ketika itu.
terkilan.. giliran saya terputus!

penantian dan pencarian



pernah saya bermimpi-mimpian bahawa penantian saya sudah berakhir. namun, hampa! itu sekadar mimpi, mainan tidur cuma.

cuba juga saya contact anak Muallim Firuz, namun katanya novel Isabella dalam simpanan ayahnya sudah hampir lunyai dan novel Spasiba Brat Komarovich pula tidak ketemu dalam simpanan beliau.

saya tidak berputus asa.

hampir kesemua toko buku terutama toko buku-buku lama saya bertanyakan soalan yang sama; "Novel Isabella dan novel Spasiba Brat Komarovich ada dijual di sini?"

dan jawapan yang saya terima daripada pekedai-pekedai tersebut juga sama;"novel-novel tersebut tidak dijual di sini..em, novel apa tu ya?" dan yang pasti dahi mereka turut sama berkerut mendengar nama-nama klasik novel yang saya ajukan kepada mereka.

putaran masa membuatkan saya membuat kesimpulan awal bahawa novel-novel tersebut sudah pupus dalam pasaran.

namun, masih ada secebis keyakinan dalam diri saya bahawa pasti sisa-sisa berbaki daripada novel-novel tersebut masih wujud. janji saya, tidak dapat tidak saya mesti mencarinya! i have to..

entah mengapa, semalam, malam saya dipenuhi dengan aktiviti menjejak kembali novel-novel tersebut. secara tidak sengaja saya menjadi blogwalking bagi blog ustaz hasrizal.

dan,

baru saya sedar bahawa ramai lagi pembaca di luar sana yang masih mencari-cari novel tersebut. termasuk ustaz hasrizal sendiri!

wah, kita serupa!

kali ini nasib saya agak baik, novel Isabella telah berjaya saya jejakinya melalui blog ustaz hasrizal (credit to him).

lately, yang ada pada saya bukanlah novel Isabella yang berbentuk novel sebenar (baca: dalam word cuma) dan bukanlah juga dalam versi bahasa melayu. kali ini dictionary manual saya sangat-sangat berfungsi memainkan peranannya. namun, saya masih lagi mencari-cari novel Isabella versi asli.

saya masih tidak berpuas hati. agak sedikit kecewa apabila novel Spasiba Brat Komarovich masih lagi tidak ketemu.

sabar ya diri, jangan pernah berputus asa!

by the way, saya sedang belajar erti bersyukur.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

sambil-sambil saya membaca entry dalam blog ustaz hasrizal yang bertajuk, Isabella: Cinta Dua Dunia, sempat saya meninjau-ninjau respon daripada pembaca terhadap tajuk entry tersebut.

rata-rata respon daripada pembaca adalah di luar jangkaan saya walaupun saya tahu saya juga akan memberi respon yang sama seperti komen-komen mereka.

respon mereka;

mereka juga pernah membaca novel tersebut.

mereka juga masih dan sedang mencari kembali novel Isabella tersebut.

yang jelas,

mereka juga didedahkan dengan novel tersebut pada peringkat awal dan muda mentah umur mereka.

mereka seperti saya. dan saya pula tidak ubah seperti mereka.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

lima hari lalu;


al-azharian : bila bermulanya sis mengenal tarbiyah?

saya : kalau dalam keadaan "main-main", time sekolah rendah ana sudah kenal tarbiyah.

al-azharian : itu dalam keadaan separa sedar. gmana dalam keadaan kesedaran hakiki?

saya : form 4 mungkin.


saya cuba teliti kembali "perbualan maya" antara saya dan teman saya. mungkin saya mula mengenali tarbiyah dalam keadaan separa sedar seperti yang beliau katakan. dan ketika dalam keadaan separa sedar itulah saya sudah disuap dengan permulaan tarbiyah yang agak "berat" rasa saya.


10 tahun lalu. darjah 5 , Sekolah Rendah Al-Hidayah, ipoh.

Muallim Firuz sempat menyelitkan ceritera dakwah dan tarbiyah secara tidak langsung ketika sesi P&P. halus caranya. penuh strategi.

beliau tidak lupa untuk meminjamkan kami novel-novel klasik dakwah dan tarbiyah, antaranya adalah dua novel yang saya sebut-sebutkan tadi.

permulaan yang bermula segala-galanya. itu tarbiyah yang pernah saya perolehi. permulaan yang sangat awal dan mentah.

saya hargai.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

akal dangkal saya melihat ruh-ruh tarbiyah dan dakwah yang diserap ke dalam jiwa saya juga pembaca-pembaca yang memberi respon mereka pada entry Isabella: Cinta Dua Dunia adalah dalam keadaan separa sedar.

keadaan separa sedar untuk diri-diri kami yang sedang "disuap" untuk "disiapkan" dan keadaan sedar bagi diri yang sedang "menyuapkan" untuk "menyiapkan".

yang sedar sedang "menyiapkan" dan yang separa sedar sedang "disiapkan".

"menyiapkan" dan "disiapkan" untuk dunia akan datang.

saya kini sedar, 10 tahun lalu saya dan teman-teman sekelas saya ketika itu sedang "disiapkan" dalam keadaan kami separa sedar.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

saya mencari pula hikmah penantian dan pencarian saya terhadap novel-novel tersebut.

mungkin..

saya sedang "disiapkan" untuk masa yang benar-benar sesuai membaca novel-novel tersebut agar saya tidak terlalu "mentah" dan "masak" dalam menilai dan berfikir untuk Islam dan dunia sekarang dan akan datang.

-saya syorkan, cuba-cubalah kalian mencari novel-novel tersebut. em, saya masih dalam penantian dan pencarian..