bayarlah dengan HATI-

permulaan yan awal, Bismillah...


"ni angah jangan lupa bayar semua makanan yang mak masak ni.." tiba-tiba adik saya bersuara. gayanya berseloroh.

"erk, nak kena bayar ke mak? nak bayar berapa?.." sekadar melayan telatah adik saya yang berusia 9 tahun. fatimah namanya.

"a'ah, kena la bayar...bayar dengan HATI.." mak tersenyum dalam kesibukkan menyiapkan bekalan berbuka puasa saya untuk ke hostel. eheh, pandai juga mak melawak.

hakikatnya, saya tahu jawapan pada soalan saya tadi.

saya tahu mak penat, tapi mak gagahkan juga. itu kebiasaan yang mak lakukan apabila kami, anak-anaknya mahu pulang ke hostel semula.

bagi saya mak saya sangat hebat. kami 9 beradik. mak seorang wanita yang bekerja seawal pukul 8 pagi sehingga pukul 5 petang. kata mak,"mak tak kan sesekali upah orang gaji untuk uruskan rumah tangga mak dan jaga anak-anak mak..mak akan usaha juga walau susah mana sekali pun.."


alhamdulillah!! terima kasih ya Allah kurniakan saya mak seperti
mak...


* * * * * * * * * * * * * * * * *

ramadhan, hanya tinggal seminggu lebih saja.

sedar atau tidak perkara yang kita utamakan dalam bulan ramadhan ialah sekadar meng"hablumminallah(hubungan dengan Allah)". terawikh. qiam. dan segala solat sunat yang kita amalkan semata-mata untuk raih redhaNya(moga-moga,insyaAllah).

boleh tak kalau di sini saya katakan bahawa andai tidak kita semai dahulu hablumminannas(hubungan sesama manusia), maka tidak akan terhasil buah hablumminallah??

dan apabila kita bicarakan tentang habluminannas atau lebih cool disebut hubungan sesama manusia, perkataan sesuai yang boleh dikaitkan dengan istilah tersebut ialah ukhuwah.

setuju?

dan pula ukhuwah itu sering dikaitkan dengan teman, kawan, sahabat, housemate, classmate. itu kebiasaannya apabila skop makna ukhuwah itu disempitkan sesempit-sempitnya.

kita sering lupa 2 orang yang paling hampir dalam hidup kita, cuma kita acapkali memandang sepi perkara ini.


mak.abah

mama.papa

mummy.daddy

ummi.abi

ibu.ayah


"sesungguhnya mukmin itu bersaudara, maka damaikanlah antara mereka...." (hujurat:10)
itu trend senior-senior sekolah saya dahulu. menggunapakai aya
t di atas dalam memahamkan kami si junior-junior istilah ukhuwah itu sendiri.

cuma, jujurnya belum pernah saya mendengar dari kalangan mereka memanipulasikan ayat tersebut untuk digunapakai dalam hubungan anak-ibubapa. persoalannya, bukankah mereka itu juga mukmin? yang punya hak seperti mukmin-mukmin lain? hak untuk mendapatkan hak dari yang berhak?


teringat saya sebuah kisah sahabat sezaman ar rasul; abu hurairah.

ini kisah hebat. kisah seorang manusia hebat yang punya hubungan hebat dengan Allah. bukan sekadar itu, malah hubungannya dengan ibunya juga sangat hebat.

diceritakan tentang peribadinya terhadap ibunya oleh imam bukhari dalam kitab adabul mufrad.

antara abu hurairah dan ibunya, mereka saling mendoakan. jika abu hurairah hendak keluar rumah, dia berdiri berdekatan pintu rumah ibunya. lalu dia berkata pada ibunya: "semoga keselamatan, rahmat, dan keberkatan Allah sentiasa tercurah untukmu, wahai ibuku."

ibunya kemudian berdoa perkara yang sama.

abu hurairah berdoa lagi: "semoga Allah merahmatimu, sebagaimana engkau telah mendidikku saat aku masih kecil"

ibunya kembali menjawab: "semoga Allah pun merahmatimu, sebagaimana engkau telah berbakti kepadaku setelah dewasa"

itu juga kebiasaan yang dilakukan oleh abu hurairah tatkala pulang kembali ke rumahnya.

masyaAllah, hebat manusia ini!!


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *

jika di era ini, as syahid muhannad (briged izzudin al-qassam) juga antara model-model anak soleh yang bisa saja menjadi contoh kepada kita semua. sehingga ibunya pernah berkata: "subhanallah, beruntunglah jika ada 10 orang anak seperti muhannad!!"..

bergetar jiwa. bagi saya beliau telah mendapat pengiktirafan sendiri dari ibunya sekaligus menempatkannya di rangking yang tertinggi dalam hati ibunya.

jadi, bagaimana pula kita?? siapa kita dihati ibu dan ayah kita?

taatilah mereka selagi mereka hidup.

taatilah mereka selagi kita hidup.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * *

teringat pula dialog saya bersama 3 orang sahabat. sambil-sambil kami menunggu makanan berbuka yang kami order, sempat juga kami duduk sebentar dan beriman. mengisi hati-hati antara kami dengan sedikit pelincir, mudah-mudahan hati-hati ini tidak haus kekeringan sesudah ramadhan.

topik ini antara yang kami bincangkan. ada dalam kalangan kami tiba-tiba memberi respon: "jadi gmana dengan ana? ana ni ada 11 beradik, terlalu ramai pesaingan...huhu.."

heh, masing-masing tergelak. geli hati pula jadinya.


* * * * * * * * * * * * * * * * * *

1996-2001. sekolah rendah al-hidayah, ipoh. bumi saya ditarbiyah.

"barakallahufik ya ummi, barakallahufik ya abi.."

muallim dan muallimah sentiasa ingatkan kami mengamalkan doa tersebut tatkala bersalaman dengan ibubapa sebelum keluar rumah.

tetapi amalan tersebut "ingat ingat lupa' untuk saya amalkan.

makanya, saya mesti kembali amalkannya!!itu azam saya.

kalian pula??










..ayah dan ibu

ayah dan ibu
itu lah permulaan kami..










2 comments:

Laili Harlina Khairuddin said...

tersentuh hatiku =)
"agi idup agi bakti samak mak bapak"
selagi hidup,selagi tu berbakti pda mak dan ayah...(sesuka hati je cakap iban! haha)
insyaALLAH,dalam mengejar redha ALLAH melalui prjuangan yg kita pilih,kadang2 kita lupa keredhaan yg lebih utama,iaitu redha dari ibu bapa yg juga menentukan redha ALLAH =)

Anonymous said...

btul3...cme mybe sbb ade byk lg dalil yg lbey khusus utk parent yg dorg prefer utk gne...sbb lbey khusus then lbey jelas thus lbey sng adik2 nk fhm....