ad hoc

permulaan yang awal, Bismillah...



incik mas'ul tamhidi syariah undang-undang 08/09 kami bersuara.

sekadar pengumuman pada fikiran saya.

yang pada kebiasaannya, pagi kami dimulakan dengan sedikit tazkirah.

peringatan untuk mereka yang lupa.

pengukuhan bagi yang sudah tahu.

tapi hari itu,

pagi kami dikejutkan dengan berita. gempak mungkin!!!


tadi ana baru dapat mesej daripada ustaz Wan. ustaz bagi tau, sejam pertama waktu madkhal akan digantikan dengan quiz quran Hadith...



haaa...???!!!...kitorang tak bawa buku, macam mana nak buat quiz??...

alamak!!!

biar betul!!!

adoii....

pe ustaz ni...tiba-tiba nak buat exam.

masing-masing bagi respon. respon tanda kurang setuju dengan tindakan ad hoc ustaz.



...........

[speechless]
keadaan saya ketika itu.



boleh ke kita buat quiz sekarang??

incik mas'ul kembali bersuara. tenang.



tak nak!!!

tanda protes.



baiklah, ana bergurau je..maaf..

itu sekadar analogi.

realitinya, kita telah diberi peringatan lebih 1400 tahun dahulu.

peringatan untuk kita bersedia.

bayangkan, tiba-tiba Izrail datang. yang tujuannya jelas berdasarkan tugasnya.

rasa-rasanya boleh tak kita menolak dan menangguh jemputan tersebut??

jika dikaitkan dengan keadaan sebentar tadi,

kita seolah-olah belum bersedia jika quiz dibuat secara mengejut.

masing-masing cuba mengelak untuk menangguhkan masa quiz tersebut.

bukankah sebagai pelajar kita kena sentiasa bersiap sedia dengan tindakan-tindakan ad hoc ustaz??


dia kembali bersuara.

penuh bersemangat.

tujuannya jelas, sampaikan firman Tuhan. untuk manusia yang sering lupa.



saya tersenyum. tanda setuju dengan tazkirah untuk hari itu.