diari jalanan-


...daku damba kasihmu
biar jadi pedoman
buat penyuluh jalan ku gapai impian* * * * * *
kelmarin saya pulang ke rumah
bertemu abah
.sayu.
kelmarin tarikh lahir abah
kami menyambutnya
abah kelihatan gembira.berseri-seri wajahnya
.sayu.
kelmarin umur abah meningkat
abah makin tua
.sayu.
10 tahun lepas saya pernah berjanji "sesuatu" dengan abah
abah tersenyum, bangga dengan apa yang saya janjikan
namun,
sehingga kini saya masih belum kotakan janji tersebut
adakah abah masih menunggu?
sempatkah??
abah senyap
.sayu.
dalam doa, saya berbisik;
"sabarlah wahai abahku, pasti akanku kotakan janjiku, jika bukan di dunia, kau akan dapatinya di akhirat sana"
abah orangnya biasa-biasa
tetapi saya mahu jadi anak yang luar biasa
saya pernah bermonolog sendirian;
"abahmu sangat hebat! walaupun dia tidak ditarbiyah semacam dirimu, namun dari tulang sulbinya, dia berjaya melahirkan anak sepertimu; anak yang ditarbiyah"
-diari si anak-
* * * * * * *
"aku mahu ke syurga bersamamu, wahai anakku.
maka,
bawalah aku ke sana bersama-samamu
cukuplah bagiku
hanya itu impianku"
-diari si abah-
* * * * * * * * *

6 comments:

akupalestina said...

sayu..

Anonymous said...

bukan skdr diari jalanan..

kau kah anak itu?

xifu imraah said...

to anonymous:

diari jalanan cuma.

mungkin kah?

Anonymous said...

saya cukup bersetuju dgn pandangan anda terhadap pemakaian pelajar kuliah kita pada waktu malam....apakah cara yg bijaksana untuk kita mengubahnya?????

xifu imraah said...

to Anonymous:

saya juga sedang mencari2 formula terbaik utk bantu kawan2 kuliah kita tu..

[diam-diam berfikir..huh!]


1)hazafkan kelas malam~
[mustahil, semacam retorik plak]

2)guna sebaik mungkin medium yg SPMM sediakan..
[tazkirah sebelum zohor bagi muslimat di surau2 stp fakulti dan bagi saya perkara yang mempengaruhi kawan2 kita untuk mendengar ialah apabila dikalangan kita yang mereka kenal bercakap, memberi tazkirah]

u know what,keistimewaan kawan2 kita tu diorang jenis yang akan "support" kawan2 sendiri..yeah! kita2 pun kawan2 mereka,rite?

mahu tahu nggak?

ada satu hari tu, ramai dari kawan2kita tu turun tym kuliah antara maghrib-isyak di surau nilam..penceramahnya student kuliah kita jugak..

so, dari pemerhatian saya, mereka TERpengaruh utk mendengar kuliah tu sebab penceramahnya dari kalangan teman sekuliah kita jugak..obviously,diorg ni sangat supporting persons walau cmne skalipun pakaian mreka..

maka cik anonymous,
jom kita gunakan sebaik mungkin medium2 yang SPMM sediakan,letakkan stp diri antara kita yg FAHAM pada stp penjuru dakwah..scr x langsung,kita boleh selitkan apa yang patut..

last but not least,

jgn sekali2 abaikan DAKWAH FARDIAH..truskn DF..sbb realitinya,kita sering menang hujah, tp kita payah utk menangi hati mereka..

setuju nggak??
[sekadar cadangan]

cadangan anda pula?


“Kamu adalah penjuru daripada penjuru-penjuru Islam, maka jangan biarkan Islam diserang dari penjuru kamu”

Khazinatul_Asrar said...

suka posting ni. Jzkk mengingatkan diri ini indirectly. masih terlalu(!) banyak tggjwb kita sbg anak,pelajar,daie etc. antara mahu atau tidak.

utk pgthuan,
SPMM telah memulakan medium itu. yakni, medium tazkirah di setiap surau fakulti, jam 1230tghr, setiap selasa dan kames inshaAllah jika tiada halangan. Semoga ianya bermanfaat dan berkesan di hati2 yg dahagakan makanan jiwa ;)