nilai di Nilai-



credit to: bro k h a l i e d

demi malam pabila menutupi siang,

10 februari 2010. 25 safar 1431

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
9.00 am - 10.00 pm


hari ini jadual hidup saya sangat pack! bermula dengan tutorial bahasa inggeris, bahasa arab 1, bahasa arab 2 dan subjek madkhal ila ilmu da'wah. stop untuk solat zohor. kemudian bersambung dengan tiga agenda yang tiada kaitan dengan mana-mana subjek. solat asar. dan alhamdulillah, sempat sejam untuk saya usha-usha kembali nota-nota subjek introduction to muamalat. maghrib. quiz subjek introduction to muamalat.





settled-

alhamdulillah.

* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
3.00 pm - 4.00pm


hari ini saya bersama teman-teman sekuliah yang lain perlu menghadirkan diri di majlis perlantikan baru untuk Syariah Law Club (SLC). tiada apa yang istimewa. cuma majlis pengundian 2/3 majoriti. heh! saya bukanlah calon, cuma pengundi biasa-biasa sahaja.

namun, ada perkara yang membuatkan saya merasakan majlis tersebut sedikit tampak istimewa.

"..antara kriteria seseorang yang boleh dicalonkan untuk jawatan-jawatan dalam Syariah Law Club ialah berimej islamik"- mantan presiden SLC

kurang lebih begitulah syarat-syarat yang perlu ada pada bakal-bakal calon yang hendak dicalonkan. hal ini sangat-sangat melegakan saya. maaf saya katakan, kerana bukan semua 'budak-budak' di bawah fakulti syariah dan undang-undang punya imej ala-ala islamik. hatta, jika mahu dibuat perbandingan, 'budak-budak' daripada fakulti sains lebih islamik imejnya. -ini pendapat saya, kalian yang berada di tempat yang sama dengan saya pula gmana pendapatnya?'


"..ada sesetengah pelajar-pelajar jurusan agama mahu kelihatan diri mereka tidak jumud, fleksible kononnya sehingga hilang segala prinsip dan jati diri sebagai seorang muslim yang mengambil jurusan agama. lalu mereka ini seolah-olah mencari agama, namun terkejar-kejar duniawi sehingga agamanya tercicir jauh. maka apa yang mereka perolehi hanyalah duniawi semata. dan bagi sesetengah pelajar jurusan sains pula, mereka ini seolah-olah sedang mencari duniawi tetapi dalam masa yang sama lagi laju mereka kejar agama. maka kita boleh nampak mereka ini hebat dengan sains, hebat pula dengan islam..subhanallah!"



-teringat saya pada kata-kata pensyarah bagi subjek tamadun islam tamadun asia saya semester lepas. sengaja saya curi-curi masanya untuk meluahkan segala kegusaran jiwa saya apabila melihat ada yang 'tidak kena' dengan sesetengah teman-teman sefakulti saya. saya akur dan saya akui kata-kata beliau. ini adalah realiti sebenar sesetengah pelajar-pelajar jurusan agama.


malah jika mahu diper'hiperbola'kan boleh saja saya katakan; "apabila saya berada dalam kalangan sesetengah pelajar jurusan agama, saya hanya lihat kesamaran nilai islam itu sendiri, tetapi apabila saya berada dalam kalangan sesetengah pelajar jurusan sains, saya akan dapati nilai islam yang mereka pegangi sangat jelas!"


saya bukan prejudis. saya juga bukan konservatif!


apa yang saya lihat bahawa ini adalah antara 'penyakit-penyakit' yang makin laju penularannya dalam jiwa dan hati pelajar-pelajar jurusan agama. hakikatnya, diri mereka itu sendiri sangat jumud apabila kurang bijak menggunapakai istilah jumud tersebut. bukankah meletakkan sesuatu bukan pada tempatnya adalah satu kezaliman?


saya tidak menolak ke'santai'an. malah saya suka cara bersantai-santaian. tetapi dalam ke'santai'an itu jangan sampai yang hak dibathilkan dan yang bathil di hak kan.


berbalik kepada perlantikan baru bagi organisasi SLC tadi. dalam kegusaran saya terhadap pelajar-pelajar agama tadi, masih ada perkara yang membuatkan saya kembali tenang. alhamdulillah, masih ramai lagi yang mahukan nilai-nilai islam berada dalam jiwa pucuk pimpinan club tersebut. saya sangat teruja apabila seorang senior perempuan yang ke'muslimah'an gayanya lebih disukai daripada dua calon lagi yang sedikit kurang kriteria imej islamiknya. hampir kesemua pengundi mengundi untuk beliau. dan saya salah seorang daripada pengundi tersebut walaupun saya tidak mengenalinya secara rohani! moga-moga pemilihan keatas beliau untuk memegang tampuk pimpinan SLC adalah yang terbaik, insyaAllah.

dan tidak keterlaluan juga untuk saya katakan bahawa faktor kemenangan beliau antaranya atas sebab ke'islamik'an beliau.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * *
8.00 pm - 10.00 pm


hari ini quiz bagi subjek introduction to muamalat dijalankan. alhamdulillah, Allah permudahkan urusan saya mem'bulat'kan jawapan.

jadual kami yang sentiasa berakhir pada lewat malam makin menggusarkan saya. saya bukan gusar dengan penyusunan jadual tersebut. namun apa yang lebih saya risaukan ialah apabila semakin ramai teman-teman sekeliling saya yang berpakaian ala-ala 'pakaian tidur' ketika menghadiri kelas malam. mungkin itu lebih selesa bagi mereka. -alaa, malam je pun!!- saya sangat kecewa dengan suasana malam di kampus.



..beb, kalaulah hostel dalam kampus ni sudah siap dibina dan student-student sudah boleh bermastautin di sini, bimbang-bimbang tiada lagi etika berpakaian sebagai pelajar muslim dan tidak mustahil nilai yang ada pada islam akan lenyap sedikit demi sedikit.




sekadar catatan dinihari saya-






12 comments:

Anonymous said...

daya pamerhatian yg tajam....bgus utk tau ade org yg ambil brt semua tue...sy s'dri slalu t'lps pndg....mgkin sbb da t'lekat kt kepla " alaaa....bese r mende cmtue..."

Anonymous said...

Salam. saya pun bersetuju dgn pendpt saudari yg mana kadg2,sesetgh mereka yg mempelajari ilmu agam ini, terlampau jumud. jumud ini bukanlah tidak bagus,ianya bagus, tetapi mengikut tmpt dan keadaan. jgnlah kita menjd terlampau jumud,sehingga kita menyukarkan dan memberi persepsi 'islam itu syadid' kpd mereka yg baru hendak menjinakkn hati2 mereka dalam dinuna islam. saya juga ingin menyatakn persetujuan dan penyesalan terhdp tingkah rkn2 yg dtg ke kelas malm dgn memakai pakaian seolah2 hendah ke cafe nilam atau ke kedai pak din. memg pakaian itu menutup aurat, tetapi buknkah lebih manis dan sopan sekiranya kita memakai pakain formal untuk ke KULIAH? saya tidak menghrpkan rakn2 memakai jubah,baju kurung dan sebgainya. (cukuplah memakai tshirt labuh tshirt MSK dll,seluar track pun ok.) asalkan pakaian kita menunjukkan bahawa kitalah pelajar dibawah fakulti syariah dan undang2.marilah bersama2 mengislahkn diri.

xifu imraah said...

yup,

pkai t-shirt LABUH pn ok what..kn3??

elhaq said...

em..marilah sama2 mengislahkan diri & berdoa moge sahabat2 kite mendapat hidayah daripada Allah..
sesunnguhnya Hidayah itu MILIK ALLAh..

Siti Zulaikha binti Mokhtar said...

Fikirku fikirkau juga..
Ternyata kita sama..
Bedanya cuma method..
Kau hebat berani bersuara!
Mabruk untuk penulisan ini
Cari jalan spy lebih ramai baca..
Salam Perjuangan=)

cahayalembut said...

ana sebagai salah seorang pelajar jurusan agama, sokong tulisan nti ni...

Mungkin pelajar agama sudah merasakan bhw mereka sudah lali dan mahir dengan hukum2 syarak barangkali. Yelah, dari kecik belajar pasal agama kan... lagi satu, belajar dengan akal vs hati lain hasilnya. walaupun straight Dean List, tapi tak amalkan tak guna jugak!

geram juga tengok kawan2 macam pakai baju tidur ke kampus pada waktu malam.

Khazinatul_Asrar said...

Andai mereka sedar,
andai mereka benar2 faham,
andai mereka mahu berubah,
Islam itu mudah.
Tetapi bukan kita mempermudahkannya dengan menukarkan dengan apa yg kita faham.
Berbalik kepada sumber utama perundangan Islam.

Sabda Nabi SAW: "Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan terutama yang menjolok mata,maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti" [Hadis Riwayat Ahmad, An Nasaii dan Ibn Majah]

suggestion ana ; mungkin blh wat tazkeerah ringkas dalam kelas dan menyentuh bab2 ini. Dan yang penting, jangan lupa doakan mereka agar diberi hidayah oleh Allah. Kerana hidayah hanya milikNya.

Wallahua'lam

xifu imraah said...

to wardatulhamra':

yok kita bersatu di bawah kepelbagaian method!!

B E R S A T U!!


to cahayalembut:

DEEN list matlamat awal dan utama kita,rite?

moga DEEN list utk kita semua,ameenn..


to khazinatul_asrar:

"..Allah ilhamkan sukma kefasikan dan ketakwaan, bruntung bagi yang mensucikannya,merugi bg yang mengotorinya.."

kita tidak punya daya sekalipun nak laksanakan kebaikan, yang gerakkan kita hanya Allah.

yeah,

doa..

teruskan berdoa..


sis,

thnx 4 da reminder!!

mujahid said...

tuan penulis,

semalam sy ke nilai,mencari nilai di Nilai.unfortunately, sy tidak menjumpai nilai di Nilai.sbb usim sedang bercuti.hehe..

ana_habibullah said...

assalamualaikum shbtku fillah..

sudah lame kita xberbual2 berbicara soal ummah kan??huhu..

seronok menghayati penulisanmu..

syabas kak! mkin berbisa katanya..

smoga bisa memberi pencerahan kpd insan2 yg mengaku dirinya daie'.

Tugas ini belum selesai~
slagi belum menjejak ke pintu syurga..

bulanbulat said...

sy suka gambar bangunan oren + bulan..unik!

mcm pnh kulihat bangunan oren 2...d melaka kn?

xifu imraah said...

mujahid:

hehe.
[lawak ke?]

ana_habibullah:

juga buat diri awk,
"yakinlah bahawa syurga itu hanya dicipta utk golongan manusiawi yg hebat.sekali menyatakan kesediaan utk menapak di syurga kelak, maka berkerja, teruskan bekerja utk kerehatan ukhrawi.."

sis,

islam itu hebat, & hanya akan dipikul oleh orang2 yang hebat, maka,
jadilah kau & aku dalam orang2 yang hebat itu..


bulanbulat:

bulan ada yang bentuk mcm spongebob eh?

[aishh...org suruh bc artikel tu, cik bulanbulat ni boleh pulak jadikan gambar tu bahan fokusnya..ayo0o..]

yeap, bangunan tu di melaka..
cantikkan gambar tu? my cousin yang snap..[credit to him again]

ok cik bulanbulat, selamat membaca!