semua ada.

permulaan yang awal, Bismillah...



seusai mentadabbur kalam suci Allah tadi, teringat saya pada seorang ustaz. ustaz yang sangat terkenal dengan lawaknya. tapi lawaknya bukan sekadar lawak.

***************************

hari itu...

ustaz : carilah dalam al-Quran. semua ada. cara nak buat roti canai pun ada dalam al-Quran.

saya : aisshh... roti canai dalam al-Quran?? mana mungkin ustaz. saya dah khatam al-Quran tu banyak kali dah, tak pernah pun dengar tentang cara nak buat roti canai dalam al-Quran.

ustaz : ye, betul. ustaz tak tipu. bukan saja buat roti canai, cara nak baiki kereta pun ada diberitahu dalam al-Quran.

saya : ......

ustaz :
"Dan Kami tidak mengutus sebelum kamu, kecuali orang-orang lelaki yang Kami beri wahyu kepada mereka, maka bertanyalah kepada orang yang mempunyai pengetahuan jika kamu tidak mengetahui"
[16:43]



saya : adeehh.. terkena lagi. (tapi betul lah tu~)